KENYATAAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PERAK
1. Dewan Ulamak Pas Negeri Perak (DUPNPk), setelah meneliti teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang, terutamanya berhubung dengan penyataan berikut, “Malahan terdapat segelitir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam”. Setelah meneliti penyataan ini dan penyataan-penyataan sebelum dan selepasnya, DUPNPk bersetuju bahawa penyataan tersebut tidak berbentuk fitnah, tetapi dalam bentuk nasihat daripada sebuah badan yang berautoriti di peringkat negeri memperkatakan tentang Islam, malah keautoritiannya dipelihara oleh undang-undang.
2. DUPNPk ingin mempertegaskan bahawa salah satu punca terputusnya hubungan politik (tahaluf siasi) PAS dengan DAP adalah disebabkan sikap keras dan lantang DAP terhadap pelaksanaan Syariah Islamiah, secara khusus dalam isu Kanun Janayah Syariah Negeri Kelantan, walaupun setelah dinyatakan pelaksanaannya hanya kepada umat Islam di negeri Kelantan. Di sini DUPNPk ingin menegaskan sekali lagi agar DAP jangan suka campurtangan urusan Islam, apatah lagi berhasrat mencampuri urusan badan yang telah diamanahkan menjaga pentadbiran Islam seperti JAIP.
3. DUPNPk juga amat kecewa apabila ada dalam kalangan pimpinan DAP yang beragama Islam berhasrat untuk mengambil tindakkan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), jika enggan memohon maaf. DUPNPk amat-amat kecewa, bagaimana seorang muslim yang beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga kewibawaan Islam? Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam.
4. Dengan penegasan dan kekecewaan tersebut, kami daripada Dewan Ulamak Negeri Perak (DUPNPk) bersolidariti dan memberikan sokongan penuh terhadap sikap tegas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) TIDAK MEMOHON MAAF KEPADA DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan amanah menjaga martabat dan kesucian Agama Islam, agama yang terang dan jelas terpelihara dalam perlembagaan Negara.
5. Akhirnya, DUPNPk juga menasihatkan pimpinan DAP yang beragama Islam atau bukan Islam, agar membatalkan hasrat dan niat kalian untuk mengambil tindakkan undang-undang terhadap sebuah badan berautoriti menjaga Agama Islam, supaya kalian tidak dilihat dan terlihat berterusan menentang Agama Islam.
Sekian wassalam,
Tuan Guru Sidek Mohd Noor
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak.
14 Zulhijjah 1436
28 September 2015
(Diangkat dari Pakkarmu)
23 comments:
Oooo DAP menentang Islam, kasino di puncak tu boleh diamlah pulak.... baru semalam kulihat gelagat Mufti Musang.
lebai pas tak ubah macam lebai musang berjanggut. pege dah. WTF pas!
Masa bersama pakatan semua ok je, bila berpisah macam2 keburukannya ye
Dah terang2 dap menghina agama islam takkan dok sokong jugak.. sbb tu pas berpisah dgn dap..Lainlah dgn Parti Kuali PAN islam liberal semua ok.. ker guana asri adnan??
Dah terang2 dap menghina agama islam takkan dok sokong jugak.. sbb tu pas berpisah dgn dap..Lainlah dgn Parti Kuali PAN islam liberal semua ok.. ker guana asri adnan??
Dah terang2 dap menghina agama islam takkan dok sokong jugak.. sbb tu pas berpisah dgn dap..Lainlah dgn Parti Kuali PAN islam liberal semua ok.. ker guana asri adnan??
Berwala' pd bukan Islam dgn meninggalkan org Islam, berat tu !
Kan ke DAP tu parti politik, dan politik tu berkenaan wala' / kepimpinan ?
Betul la Hasbul.....DAP menghina Islam sebab tolak hudud tak macam Gerakan. Gerakan sokong dan memperjuangkan Hudud s3bab tu Gerakan kemuka saman pasal hudud kat mahkamah......b3gitù rupanya. Baru aku paham sipir puak PAS.
Hasbull.....hudud dah laksanakan di Kelantan ke? Semasa kempen p3milihan, pejuang2 hudud begitu garang menuduh orang macam2.
Kalau dah laksanakan, gunalah hudud untuk siasat kes membalak bersama ulamak di Kelantan sebagai kes pertama.
komen la dgn akal yg waras... berfikir setiap tulisan atau kata2 kita dihitung dosa pahala...
DAP sejak azali lagi tak setuju dgn hudud. Bila PAS tahaluf dgn DAP beberapa kali dahulu pun DAP tak setuju dgn hudud. Tapi ulamak PAS kata boleh. Masa bertahaluf bukan main jilat DAP. ROS nak batalkan DAP, PAS bukn main lg bg DAP guna lambang PAS. Kat tempat aku org PAS kata jgn pegi kedai melayu UMNO, pergi kedai cina DAP. Masa tu DAP memang tentang hudud. Sekarang apa cite? DAP tetap istiqamah tolak hudud, PAS pulak meracau. Memang PAS dan ulamaknya tak leh pakai. Nak buat hudud kat Kelantan je, tak nak buat kat satu Malaysia. Addakah?
Anjing-anjing buruk kepala yang mengaku beragama Islam (liberal) sibuk mempertahankan parti DAPig yang menentang hukum Allah. Islam Liberal = Munafik !
Kita lihat dengan jelas para munafik menghina ulama dan menyokong DAPIG yang menentang Islam ! Munafik-munafik ini adalah anjing-anjing kurap dari Masjid al-Dirar aka Masjid Munafik!
Masa kecil tak mahu mampus, bila besar menyokong roket menghina Islam dan hukum Allah. Siang-malam munafik-munafik dapig berusaha menipu orang Islam supaya menolak hukum Allah. Inilah contoh makhluk yang buta, pekak dan tolol ! Foolish DAPIG teachers make foolish students. Orang bodoh sahaja yang mengundi dapig !
Kita semua akan pastikan DAP dan kuncu-kuncunya kalah teruk dalam PRU 14 sebab mereka menentang hukum Allah !
Klamkabut kita dibuatnya.ada peminpin terus menghukum.ada bloger terus menulis,ada pengomen terus komen elepaskan persaan bantah dan sokong.dimana punca terjadinya isu ini? Jahat sangat ke DAP ini sehingga kita selam ini bersma patakan tidak sedra akan kejhatannya,berdosa kah kita selama ini bersama DAP bersama dalam Pakatan? bagaiman dengan gaji dan elaun kita selama ni? DAN kalau sungguh seperti apa yang dikatakan oleh Mufti Pahang dan Ualamk Perak ,mengapa kita masih lagi bersama DAP memerintah Selangor ,adakah hukum itu disebabkab Drarurat? ATAU senaja kita diam aje.Dima pendapat Mufti Selangor ,apa kata Ulamak Selango dan ulamak Perak pula.Kalau dikiaskan bahawa " dalam satu mangkuk ada gulai yang ada tiga jenis bahan .ada ikan .ada ayam dan ada babi: halal ke kita makan ikan dan ayam tadi? kalau hukumnya haram .sila dengan hormtanya kita tarik diri dari berkongsi kuasa dengan DAP ,malu dan takada maruwah islam dalam diri ulamak2 Pas.
Anon 8.58.kalau dah tahu DAP tu menghina islam /mengapa di Selangor ni masih lagi bersama DAP mentadbir Selangor.ada maruah ke kalau ikut kau tulis ni .bodohnya yang bersama dapig di selangor ni.maruwah letak di buntut aje.sama macam kau /tulis pandai bertindak bodoh.
Bagi satu contoh DAP hina Islam. Tak setuju dgn hudud bukan hina Islam. Bukan hudud je, Islam tu sendiri depa tolak. Org kafir semua tolak Islam, tak bermakna depa hina Islam.
Parti roket berkempen secara terbuka menentang perlaksanaan hukum Allah dan menghina ulama-ulama Islam kerana ulama-ulama mahu melaksanakan hukum Allah di negara ini. Ini bererti parti roket telah menghina dan memusuhi Islam sebagai agama rasmi negara ini dan orang Islam yang merupakan kumpulan majoriti negara ini. Hanya munafik menyokong parti roket menentang Islam.
Tolong bg contoh bgmana DAP hina ulamak dan Islam. Menolak tak bermaksud menghina. Jgn jd burung kakak tua. Repeat apa yg org lain kata.
Nampaknya Anon 12:32PM adalah burung kakak tua yang tidak memahami Bahasa Melayu. Lain kali gunakan kamus DBP supaya kamu boleh memahami Bahasa Melayu.
Parti roket telah menghina Islam, ulama Islam dan orang Islam apabila parti roket berkempen secara terbuka memburuk-burukkan hukum Allah (Hudud) dan menghasut orang ramai menentang hukum Allah. Tindakan parti roket ini telah menyinggung perasaan orang Islam di negara ini. Nampaknya Anon 12:32 malas membaca berita tentang parti roket menolak Hudud dalam media massa !
Pemimpin-pemimpin kafir dalam parti roket bersikap biadap dan berniat jahat terhadap agama Islam apabila mereka campur-tangan dalam hukum Allah (Hudud) dan menghasut orang kafir dan orang Islam menentang hukum Allah secara terbuka. Sebenarnya orang-orang kafir tidak berhak campur-tangan dalam hal ehwal Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam amat bencikan penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kafir terhadap Islam !
Orang-orang Islam wajib memulaukan (boycott) parti roket dalam PRK dan PRU 14 kerana parti roket memusuhi Islam !
Bagi bukti DAP menghasut dan memburuk2kan. hudud. Apa DAP kata tentang hudud? Bagilah contoh spt Mahathir kata kalu nak mkn sup tulang manusia pegi Kelantan. Umno, mca mic semua tolak hudud. Tak bbising pun.
Post a Comment