Sunday, September 27, 2015
Siapa Menangkan PAS Di Kawasan Separa Bandar?
DIBUKA untuk perbincangan...
Assalamualaikum,,
Ada orang bukan Islam yang bercakap pasal orang Islam lagi walaupun kali ini lebih tertumpu kepada pengundi melayu Islam di kawasan separa bandar.Orang DAP katanya pakar strategi dan bercakap macam dia mahir tentang Islam apabila berkata kemenangan PAS sukar dicapai di kawasan separa bandar kalau tidak kerana kumpulan progresif yang ada di dalamnya?
Apa ker benda kumpulan progresif? Oh ya! kumpulan yang sudah keluar PAS, yang langgar bai'ah, yang tubuh PAN, inilah yang dikatakan kumpulan progresif Islam yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar.
Petah bercakap semacam dia mahir dalam bab pembahagian Islam.Siapa yang bagi hak kepadanya bercakap pasal Islam? DAP memang dikenali merupakan parti yang sukakan liberal termasuk Islam liberal yang kalau boleh mereka mahu terlibat sama menjadi penunjuk arah kepada Islam liberal.
Itu yang kita semua ketahui tentang DAP, yang sebelum ini dituduh perkauman, bukan! DAP bukan parti perkauman tapi parti liberal yang berjuang untuk Malaysia Malaysian, termasuk juga dalam hal berugama, mereka lebih suka liberal menjadi amalan.
Jadi apakah maksud progresif itu sebenarnya liberal? atau kumpulan yang bergerak untuk meliberalkan Islam? Dan apakah benar kumpulan ini yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar? menurut pakar strategi DAP itu lagi, PAS akan sukar menang di kawasan ini tanpa mereka, kumpulan progresif. Satu analisa yang menunjukkan ramai pengundi melayu Islam lebih suka mengubah Islam kepada liberal.Benarkah begitu?
Rasanya lebih ramai melayu yang sukakan Islam yang dilampirkan bersama melayu dan Islam begini ialah Islam yang lebih menumpukan kepada ibadat khusus sahaja sambil urusan dunia yang lain tak perlu diikat dengan Islam, atau namanya sekular.Sekular yang dianuti ramai melayu separa bandar tidak melibatkan meliberalsasi ajaran Islam yang cuba dibuat oleh DAP.
Anutan sekular melayu Islam tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan geraja, tidak membenarkan LGBT, tidak menyokong perhimpunan I want to touch the dog(sekarang jadi anjing gila),mengutuk amalan sunnah yang diubah kepada makan setalam antara lelaki perempuan bukan mahram, tetapi kesemuanya ini akan dibenarkan oleh Islam progresif.
Pakar strategi itu berkata lagi kalau berlaku perubahan atau tsunami di kalangan orang melayu terutama orang muda di kawasan separa bandar, UMNO boleh kojol!Cukup untuk UMNO tewas 40 kerusi marginal di kawasan separa bandar untuk kojol.Dia sebenarnya meramalkan akan berlaku anjakan dalam pegangan sekular orang melayu Islam separa bandar.
Ia itu beralih dari sekular kepada liberal dengan dorongan kumpulan Islam progresif PAN.Dia tidak melihat kemungkinan peralihan ini ialah kepada Islam yang syumul yang sebenarnya tidak akan memberi apa apa nilai tambah kepada PH atau PAN.Kesedaran untuk kembali kepada Islam seluruhnyya tidak akan difahami sampai bila bila oleh pakar strategi DAP ini kerana dia sendiri bukan seorang Islam yang ada ilmu dan faham bagaimana Islam diamalkan.
Cuma agak malang kerana ada juga orang Islam yang sepertinya menyebabkan dia merasakan dia tahu serba serbi pasal Islam sama seperti LGE dan LKS.
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite) Oleh: senik
(Diangkat dari TKO)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Walaupun DAP liberal mahupun sekular, itu tidak memberikan hak kepada Haji Hadi untuk ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat, ponteng mesyuarat di Parlimen, menfitnah calon-calon sekutu tanpa bukti-bukti yang sahih, menghina dan menghalau ahli jemaah sendiri, tidak berlaku adil terhadap ahli-ahli parti dan lain-lain. Kalau ye pun nak menyalak babi di bukit.... tukarlah dulu nama parti tu kepada PARTI ANJING SEMALAYSIA (PAS).
Yg aku perasan kat kawasan aku, Melayu Melayu educated pro pakatan sebelum ni, bnyknya mengundi pun tidak. Yg setia mengundi, golongan bawahan.
Dimalaysia nie bukan yang memerentah orang malayu islam yang kita nak takut sangat dengan DAP ,MCA ,Gerakan pun cina juga ,cina walaupun mereka berlainan ideology pemikiran mereka sama pada mereka haram hala tidak ada tapi bagi kita orang melayu yang islam kenapa begitu sebok menghina cina DAP hinggakan sanggup dalam Khutbah Raya yang agung dalam agama islam b oleh menuduh cina DAP menghina agama kita ,adakah kita sedar yang agama islam itu agama perpaduan Nabi diutus untuk menyatukan umat tidak semestinya bagi islam semata-mata kerana islam itu menyeru umat dan hamba Allah untuk bersatu bukannya untuk bermusuh ,adakah kita telah jalankan dakwah kita untuk memahamkan kaum cina yang tidak faham islam ,jika kita masih mending jari kearah kesilapam mereka mana mungkin mereka akan ikut kita ,insaflah wahai para ilmuan islam puak kafir tidak akan menyerah dan mengaku kesilapan mereka kecuali kita menerangkan kesilapan mereka dengan berhemah,jika kita tidak suka sangat dengan DAP dan cina mereka dan kita bangsa melayu pula ada kuasa mutlak kenapa tidak digesakan saja pada pendaftar pertubuhan batalkan saja permit pertubuhan parti DAP itu habis cerita,dan senanglah semua bangsa melayu tidak payah untuk berfikir dan mengata yang diluar kemampuan akal berfikir.
Ini masalah ahli PAS yg brpegang kpd khurafat PAS itu Islam, Islam itu PAS. Pskar tu bincang pasal PAS bukan Islam. Dis kaji trend undi melayu pada PAS bukan aqidah org Melayu. Itu pendapat dia, tak semestinya betuk. Kita patah hujah dia dgn kajian kita. Bukan kutuk dia anti Islam. Tunjukkan org Islam tu cerdik. Anyway so far tak de sape bg buktu DAP anti Islam kecuali hujah tolak hudud yg DAP kata tak constitutionsl.
Kau org nak tahu kenapa isteri aku keluar dpd PAS?
Sbbnya beliau tak sangka PAS yg memperjuangkan Islam...rupanya meletakkan wanita ditempat yg hina. Menjadikan wanita (isteri2) sebagai taruhan dlm politik mereka. Bagus juga dan ada hikmahnya kewujudan PH. Terbongkar keboborokkan PAS yg berselindung disebalik serban dan jubah
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.
2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing
3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????
4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres
5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua
6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.
7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.
AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.
isle isle
Aku naik bosan x habis habis ngan cite ni...hidup org kg dah makin trok... Getah, klapa sawit, murah... Bukan nak tlg org kg... Ini tidak x habis ngan politic..
Aku naik bosan x habis habis ngan cite ni...hidup org kg dah makin trok... Getah, klapa sawit, murah... Bukan nak tlg org kg... Ini tidak x habis ngan politic..
saya kalau nak baca artikel politik pas akan lihat dulu siapa penulisnya,
DUA nama saya tak akan baca,1-nording bing ali,2 senik alias senak.
mereka ni tak nampak macam ahli pas,mungkin spy atau penulis upahan.
bukankah senak yg usulkan putus hubungan dgn dap dan dipersetujui oleh muktamar,buat keputusan buta tuli sekarang msu tak berani nak buat keputusan, takut hilang syoru.
tak malu masih lagi nak kerja makan gaji dgn dap dan pkr.duit punya pasal hilang maruah pun taapa.tadak malu.
kita nak sokong parti jangan buta tuli, tak kira pas ka, dap ka,pkr ka, pan ka atau umnu,kaji dulu betul atau tidak keputusan itu.
Bukan DAP yang cakap sebab sebelum ini ramai yang cakap. DAP hanya mengulangi apa yang telah di cakapkan. Beberapa individu telah memberi angka dan fakta seperti Bukit Damansara dan Sungai Aceh.
Salamualaikum..anonymous2..( saya kira anda semua islam)..sangat bahaya komen anda kpd diri anda sendiri..lamgsong tidak berpijak kpd kebenaran melainkan dari kata nafsu ..yg tidak sukakan perjuangan islam...rujuk perlembagaan pas dan teliti terlebeh dahulu sebelum keluarkan kata2 kesat.Wallahua'lam.
Salamualaikum..anonymous2..( saya kira anda semua islam)..sangat bahaya komen anda kpd diri anda sendiri..lamgsong tidak berpijak kpd kebenaran melainkan dari kata nafsu ..yg tidak sukakan perjuangan islam...rujuk perlembagaan pas dan teliti terlebeh dahulu sebelum keluarkan kata2 kesat.Wallahua'lam.
Perlembagaan lain, yg pemimpin buat lain.
Meisja...
waalaikummusalam
Perlembagaan pas memang begitu, perlaksanaan pemimpin tidak begitu.
Dari seluruh komen yang diberikan, tidakkan satu yang anda dapat hadam dan membandingkan antara fakta dan realiti? Adakah anda sebebal dan terpukau oleh sekadar perlembagaan , namun perlaksanaan sangat jauh berbeza. Kaji semula rententen cerita dan musabab.
Anda menganggap Pas seperri suatu akidah yang tak boleh dilanggar. Pemimpin sebagai seseorang yang maksum. Perkataan mereka suci dan benar. Perbuataan dan keputusan mereaka selari denga ajaran Islam.
bacalah dengan hati yang terbuka
hadamlah dengan rasa yang munasabah
berkeputusanlah dengan tanpa rasa bodoh dan hodoh.
kenapa pas sailang kerusi pkr tetapi bukan keeusi dap,
kalau benar dap menentang islam
Kalau benar hendak menjulang hudud
kalau benar ikhlas berjuang untuk Islam?
Perlembagaan PAS ditulis dan ditandatangani oleh Tok Guru Musang Berjanggut... undang2 tu kanda yang tulis... bila2 masa kanda boleh cancel dan tulis semula pakai kepala siku dan kepala lutut sambil menyalak babi dalam bukit.
Kami anak-anak muda Terengganu dahagakan hiburan, konsert dan umpamanya. Jangan pilih ustaz atau tuan guru jadi calun, payah orang-orang muda nak berhibur. Pilihlah calun macam mat sabu, khalid samad ( tak perlu berkupiah ), hanipa maidin dan seangkatan dengannya. Kalau ada calun bukan Islam lagi bagus dan cepatlah kita anak muda boleh menikmati hiburan. Kami anak muda terengganu sokong DAP, PKR dan Amanah, PAS hanya mementingkan Islam sehingga kami anak muda terkongkong di Terengganu. Nak hiburan kami terpaksa ke Kuantan. Kelantan pun sama terkongkong. Kami nak tikam nombor cuba nasib pun terpaksa ke Kuantan. Pakatan Harapan tolong lah meringan beban kami. Bukan setakat anak muda saja yang tua bangka pun nak kan hiburan, mereka terpaksa ke Kuantan, ramai orang tua bangka dari orang muda kalau dilihat kat toto, magnum dan tempat yang paling ramai orang tua ialah pub, kelab dangdut atau bar. Cina tua bangka pun ada tapi mereka taukeh. Melayu paling ramai tua dan muda tapi hanya jadi pelanggan dan pekerja.
Salam Anonymous di atas,
Menyindir Mat Sabu, Khalid Samad dan Hanipa Maidin nampak??? Diorang bukan orang Islam ke sampai tak langsung mementingkan Islam??? Bagi saya mereka lebih mementingkan Islam yang syumul berbanding pemimpin PAS sekarang mementingkan HUDUD bukan Islam yang syumul!!!
Dalam Islam patutkah kita mengenakan cukai yang tinggi macam GST kepada rakyat??? Rakyat dah nak mampus tak cukup duit yang PAS tak habis-habis HUDUD, HUDUD, HUDUD sampai kena tipu lagi dengan UMNO!!!
Yang jahil,
Nobody
Post a Comment