Saturday, September 12, 2015

Siri 2: Kamaruddin & Mat Taib Tak Jadi Sertai P/Amanah.

  •    Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub (kiri) berkata penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam Pakatan 2.0 akan mempercepatkan pembentukannya 


  •    Tindakan dua bekas pemimpin kanan PAS menyertai PKR hari ini diharap akan mempercepatkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub hari ini. 

Beliau menyifatkan keputusan yang dibuat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd ​​Taib itu sebagai "pilihan individu" itu sendiri, ketika diminta mengulas perkembangan itu pada satu majlis menerima keahlian baru Amanah hari ini.

"Mereka mempunyai banyak pengalaman. Apa pun, kami harap penyertaan mereka dalam PKR bermakna pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 akan berlaku lebih cepat," kata Salahuddin.

Kamaruddin dan Muhammad sebelum ini dilihat pemerhati politik lebih cenderung menyokong Amanah, yang merupakan kumpulan serpihan dibentuk ahli PAS selepas Pakatan Rakyat berpecah awal tahun ini.

Bagaimanapun, mereka akhirnya membuat keputusan menyertai PKR seperti diumumkan pada satu majlis di ibu pejabat PKR pagi ini, dan bukannya Amanah, parti politik berorientasikan Islam dikatakan bakal menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Salahuddin juga berkata terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 atau tidak.

"Terpulang kepada mereka. Biarlah mereka putuskan sendiri sama ada mereka hendak menyertainya atau tidak.

"Kami akan lancarkan Amanah dan sebaik selepas itu terus mulakan kerja dengan berbincang dengan para presiden parti yang sedia untuk berbincang dengan kami," katanya. 

Sementara itu, PAS Kelantan perlu mengemukakan laporan terperinci berhubung tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang dilaporkan menyertai PKR hari ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Presiden PKR pula, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan penyertaan Kamarudin dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam parti itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah mungkin ramai lagi pemimpin yang dijangka akan sertai Parti Amanah tetapi pusing balik kekal dalam PAS atau berpalinag kepada PKR atau DAP?. Ini baru siri 1 dan 2, Insya Allah akan bersambung ke siri 3 pula... (IH)

4 comments:

mohd shahran said...

baru dua aje la weeiii

Anonymous said...

dulu 2 adun sokong DSWA, hadi labelkan barua dan broker.

skrg 2 tokoh lompat ke pkr, apa hadi nak label ek?

Anonymous said...

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

“Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu,” katanya dalam sidang media semalam, lapor Bernama.


Ambil contoh peristiwa dan keputusan PRU ke-13 lalu di tiga DUN Terengganu bagi membuktikan dengan fakta dan angka yang tidak mungkin dan mampu untuk menipu dan melakukan fitnah.

DUN N25 Bukit Besi :-

PRU tahun 2008 kawasan ini diserahkan kepada PAS untuk bertanding dan keputusannya calon BN mendapat 6,037 undi dan calon PAS 3,545 undi .. calon UMNO/BN menang dengan majoriti 2,492 undi.

Pada PRU ke-13 tahun 2013 berlaku pertembungan 3 penjuru antara UMNO/BN, PAS dan PKR ... calon UMNO/BN memperolehi 6,966 undi, calon PAS 4,408 undi dan calon PKR 52 undi (hilang wang deposit).

Apakah PKR mempunyai dan memiliki kekuatan dan pengaruh dikawasan DUN N25 Bukit Besi????? .. Jawapanya langsung tidak ada ... untuk makluman calon PKR inilah yang memfailkan saman terhadap Tuan Guru Dato' Seri Presiden PAS.


DUN N11 Seberang Takir:-
PRU tahun 2008 calon UMNO/BN mendapat 6440 undi dan calon PKR 4,010 undi .. calon UMNO/BN menang dengan majoriti 2,430 undi ....

Pada PRU ke-13 tahun 2013 lalu berlaku pertandingan 3 penjuru dan pertindihan .... keputusannya calon UMNO/BN mendapat 7,731 undi, calon PAS 6,221 undi dan akhir sekali calon PKR hanya mendapat 73 undi sampai hilang wang deposit .... jadi jika diambil kira keputusan PRU tahun 2008 dimana PKR mendapat 4,010 undi jelas bukannya undi dari penyokong maupun dari ahli PKR tetapi dari ahli, penyokong dan pendokong PAS ...

Majoriti pun merosot sebanyak 920 undi ... Jadi apakah wajar PKR meletakkan calonnya di DUN N11 pada PRU ke13 lalu????

DUN N2 Kota Putera:-

PRU tahun 2008 calon UMNO/BN memperolehi 8,090 undi manakala calon PKR mendapat 4,758 undi dan ini calon UMNO/BN menang dengan majoriti 3,332 undi.

PRU ke-13 tahun 2013 kawasan ini berlaku pertembungan 3 penjuru dan calon-calon dari PR bertindih dengan keputusan seperti berikut:-

Calon UMNO/BN mendapat 9,084 undi ... calon PAS 7, 672 undi dan akhir sekali calon PKR hanya mendapat 60 undi dan hilang wang deposit... Calon UMNO/BN menang dengan majoriti 1,412 merosot sebanyak 1,920 undi.

Moral dan konklusinya .. jelas dan terang tanpa perlu berselindung dan cakap berlapik betapa PKR di Terengganu boleh dikatakan tiada sokongan dan kekuatan .. . sokongan dan kekuatan hanya menumpang pengaruh dan kekuatan PAS yang sudah lama berakar umbi.

Omak Kau cukup yakin dan percaya para pimpinan atasan PKR terutamanya Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta Setiausaha Agungnya termasuk para pengarah Pilihanraya PKR sedar akan kekuatan dan kemampuan PKR di negeri Terengganu yang cukup amat terbatas sama ada sokongan maupun gerak jentera parti.

Oleh itu kena terima hakikat dan kenyataan tanpa sokongan dan dokongan PAS, PKR umpama kayu tunggul reput di Terengganu jadi tidak hairan mengapa Naib Presiden merangkap Setiausaha Agun PKR Rafizi Ramli, walapun menjadi Ketua PKR Cabang Kemaman tetapi tidak sanggup dan ada keberanian untuk bertanding di Parlimen Kemaman sebaliknya lari bertanding di Parlimen Pandan.

Atas sifat sedar inilah yang menyebabkan PKR begitu bersungguh-sungguh, bertegas tanpa tolak ansur dan kompromi maukan PAS bersama-sama dengan Pakatan 2.0 .. Bukan sahaja diambil keputusan PRU ke-13 sebagai indikator tetapi juga sambutan Bani Melayu pada Himpunan Bersih 4 yang lalu.

Tanpa PAS jangan nak mimpi Pakatan 2.0 dapat sokongan kuat pengundi Bani Melayu .. tanpa sokongan dan undi bani Melayu Pakatan 2.0 boleh terus bermimpi untuk merampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN pada PRU ke-14 nanti.

bat8 said...

Kamu dok perlekeh PKR di Terengganu tetapi kamu lupa sejarah penyertaan PAS dalam PRU selama ini di pantai barat. Ambik Selangor, sebelum PAS bersama PR, rekodnya kalah memanjang lebih banyak dari menang. Kalau menangpun paling tinggi 1 kerusi Dun je dalam sesatu penggal Dun.

Kamu ingat PAS kuat sangat ke di Selangor. Kalau lihat daftar pengundi pun PAS sukar nak menang dalam PRU 2008 dan PRU 2013 kalau PAS bertanding bersendirian. PAS menang di Selangor 15 kerusi kerana bantuan PKR dan DAP. Mereka ini yang bekerja keras membantu calon2 PAS di Selangor. Inilah yang dikatakan berpakat. Tetapi kamu di Terengganu, angkuh sombong. Sepat7tnya kamu juga menolong calon2 PKR di Terengganu sebagaimana PKR dan DAP menolong calon2 PAS di Selangor diatas semangat berpakat.

Kalau PAS bertanding bersendirian dalam PRU 2008 dan 2013 , PAS xkemana kerana sejak dulu taburan kaum dikalangan pengundi xbanyak berubah.

Lagi mau tunjuk takbur dan sombong ke? Sekarang kita t3ngok sehebat mana PAS dalam PRU 14 nanti samada bertanding bersendirian atau dgn bekerjasama dengan UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails