Thursday, September 03, 2015

S'pura: Calon PAP Ditentang Di Semua Kerusi

 Hsien Loong diraikan oleh para penyokongnya sebaik sahaja selesai menghantar borang pencalonan untuk pilihan raya umum pada 11 September ini.

SINGAPURA – Parti pimpinan Perdana Menteri Si­ngapura, Lee Hsien Loong iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) bakal dicabar oleh calon pembangkang di semua 89 kerusi parlimen buat pertama kalinya selepas 50 tahun kemerdekaan.
Singapura bakal mengadakan pilihan raya pada 11 September ini, setahun lebih awal daripada tarikh akhir untuk pilihan raya akan datang.
Diasaskan bersama oleh bapa Hsien Loong, Lee Kuan Yew, PAP telah memerintah Singapura sejak enam tahun sebelum kemerdekaan negara itu pada 1965.
Parti itu cuba meningkatkan prestasi bermula tahun 2012 apabila pungutan undi jatuh berikutan rasa tidak puas hati penduduk terhadap harga rumah tinggi, peningkatan kos sara diri dan isu imigresen.
Sejak itu, kerajaan telah memperkenalkan sekatan terhadap pekerja asing, langkah-langkah mengurangkan harga pasaran hartanah dan subsidi perlindungan kesihatan untuk warga emas.
“Ia adalah untuk masa depan anda. Undilah PAP bagi memastikan kami dapat berkerja bersama anda, untuk anda, untuk Singapura,” ujar Hsien Loong kepada penyokongnya selepas menghantar kertas pencalonan semalam.
Agensi berita tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, calon-calon daripada 16 kumpulan perwakilan dengan masing-masing mempunyai empat hingga enam kerusi dan 13 calon bebas telah disahkan menghantar penyertaan pada hari pencalonan.
PAP pada pilihan raya sebelum ini memenangi 81 kerusi.
– Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails