Wednesday, September 16, 2015

Taliban Serbu Penjara, Bebas 335 Banduan.


 GHAZNI – Sebilangan pemberontak Taliban berseragam tentera meletupkan bom kereta dan menyerbu sebuah penjara di Afghanistan semalam sebelum membebaskan beratus-ratus banduan serta membunuh empat anggota polis.
Serangan pada waktu siang di bandar Ghazni, timur Afghanistan itu mengimbau insiden serupa pada 2011 apabila hampir 500 banduan Taliban meloloskan diri dari sebuah penjara di wilayah Kandahar, selatan negara berkenaan.
Mayat-mayat yang ditembusi peluru bergelimpangan di pintu masuk penjara selepas serangan berlaku. Tentera Afghanistan kini berdepan musim peperangan pertama menentang kumpulan Taliban tanpa bantuan penuh daripada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.
“Sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan), enam pemberontak Taliban berseragam tentera menyerang penjara Ghazni. Mereka meletupkan bom kereta di hadapan pintu masuk penjara dan melancarkan bedilan roket sebelum menyerbu masuk,” kata Timbalan Gabenor Ghazni, Mohammad Ali Ahmadi.
Menurutnya, seramai 355 daripada 436 banduan berjaya melarikan diri. Kebanyakan mereka dipenjara kerana mengancam keselamatan negara dan beberapa jenayah lain.
“Sebanyak empat anggota polis Afghanistan terbunuh dan tujuh lagi cedera,” katanya. – AFP

Sementara itu, laporan dari distrik Kajaki menyatakan, Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) menyerbu 2 pos musuh selama operasi yang sedang berlangsung terhadap pihak musuh. Operasi tersebut dilancarkan pada Ahad (13/9/2015) malam.

Seluruh distrik dan sekitarnya masa ini di bawah kendali Mujahidin setelah musuh menderita kekalahan lalu melarikan diri ke daerah Tangi yang merupakan area markas besar polis, meninggalkan 16 mayat rekan mereka di medan perang.

Mujahidin berjaya menyita banyak ghanimah, diantaranya 2 senapan mesin buatan AS, selama operasi ini. Sementara itu 3 Mujahidin dikhabarkan telah syahid (semoga Allah menerima mereka) dan 4 lainnya terluka dalam pertempuran. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails