Tuesday, September 08, 2015

Tenis Terbuka AS: Serena Williams. Jadi Idola Atlet M'sia? Ini Gambarnya..

Serena Williams
SUKAN
PEMAIN nombor satu wanita dunia, Serena Williams menumpaskan rakan senegaranya, Madison Keys pada Ahad untuk bertemu dengan kakaknya sendiri Venus di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Pemain berusia 33 tahun itu kini sedang mengejar satu sejarah baru untuk menjadi pemain wanita yang keempat di dunia memenangi kesemua gelaran Grand Slam dalam satu tahun.
Dia telah pun memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini.
Keseluruhannya, Serena telah memenangi 21 gelaran Grand slam sepanjang kariernya - enam kali setiap satu di Terbuka Australia, Wimbledon dan Amerika manakala Terbuka Perancis tiga kali.
Venus, 35, pula yang dibelenggu kecederaan yang berpanjangan di penghujung dalam kariernya menang ke atas Anett Kontaveit di pusingan keempat untuk mara ke suku akhir.
Dia telah memenangi sembilan gelaran Grand Slam - lima di Wimbledon, dua di Amerika dan setiap satu di Australia dan Perancis. 
Adakah wanita ini menjadi idola atlet-atlet wanita Malaysia termasuk muslimah? Wajarkah? (IH)

No comments:

Post a Comment