Thursday, September 24, 2015

Tips Aidil Adha, 9 Sifat Wanita Datangkan Rezeki Suami..


BESOK Hari Raya Korban, bermula dari terbenamnya matahari malam ini. Mari kita sama-sama berkorban. Weblog ini ingin memberi tips kepada pembaca-pembaca budiman, untuk kita sama-sama hadirkan sifat-sifat mulia ini dalam keluarga kita.. 

Inilah 9 sifat-sifat wanita akan mendatangkan rezki kepada suaminya.

1. Wanita yang taat pada Allah dan rasul-Nya. Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang wanita, iaitu kerana..
  1. kecantikannya,
  2. keturunannya, 
  3. hartanya dan 
  4. agamanya. 
Kita diperintahkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya, beruntung sekali jika dapat yang nombor 4 nya. Itulah wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya, akan membawa rumah tangga menuju syurga, menuju ketenteraman. 

Rumah tangga tenteram, nyaman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumah tangga dinahkodai suami soleh, didampingi isteri salehah akan menjadikan rumah tangga itu berkah, menghasilkan anak-anak  saleh/salehah, mendapatkan ridha dan rahmat Allah SWT.

2. Wanita yang taat pada suaminya.
  • Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Sepanjang perintah suami yang tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuat hati suami tenang damai, dapat menjalankan kewajibannya, dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. 

Bagi wanita yang berprofesyen di luar rumah boleh tetap bekerja sepanjang suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.
  • Lelaki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita yang saleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya”. (Q.S. An Nisa : 34).
3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.

Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumah tangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanan, keperluan, termasuk kehendak biologisnya, menjaga perasaan suaminya jangan sampai suaminya terluka hati kerana sikapnya. 

Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan dapat menjadi partner yang baik dalam mewujudkan rumah tangga sakinah dan menarik hal-hal positif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.

4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya.
  • Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita salehah” (H.R. Muslim).
Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang saleh hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendo’akannya akan memudahkan rezeki datang padanya.

5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami.

Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah wajib menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang tidak layak, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dititipkan padanya dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan seizin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.

6. Wanita yang sentiasa meminta ridha suami atasnya 

Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan perilaku agar tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sampai memperoleh maafnya. 

Mengajak suaminya bercanda untuk menceriakan perkahwinannya. Berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkawinan dari orang lain.

  • Mahukah kamu kuberitahu isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga, iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika suaminya marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata ” Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha” (H.R.An Nasai).

Isteri seperti ini adalah isteri yang dimudahkan rezekinya melalui tangan suaminya kerana amalan dan kesetiaan pada suaminya.

7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas

Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri, sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang mensyukuri rezekinya. 

Allah sudah menjanjikan jika kita bersyukur, Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya senantiasa bertambah baik kuantiti mahupun keberkahannya... Akan diberi Allah langsung padanya ataupun melalui suaminya.

8. Wanita yang boleh menjadi partner meraih ridha Allah.

Wanita yang menjadikan rumah tangganya sebagai ibadah, pengabdiannya kepada Allah. Boleh menjadi teman diskusi yang berimbang bagi suami. Dapat melakukan koreksi dan menyampaikan dengan lembut kepada suaminya. Mendengar nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian. 

Sebelum melaksanakan ibadah sunnah seperti puasa sunnah meminta izin kepada suaminya dan tidak melaksanakan jika tidak diizinkan. Dapat menjadi pendorong dan motivator suami untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat ”dibalik lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya”. Kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya.

9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya.

Wanita bersyukur adalah wanita yang menerima semua kehendak /takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya agar sukses dunia akhirat. Wanita ini tidak pernah putus do’a, tapi menjadikannya sebagai rutin  harian, penghias bibir setelah shalat. Wanita ini tahu bahawa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkahi jika dirinya senantiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang dipanjatkannya setiap hari. 

Begitulah, betapa beruntungnya seorang lelaki yang dapat isteri seperti ciri-ciri di atas. Jika pun isteri belum memiliki ciri-ciri seperti di atas, maka adalah tugas suami untuk mendidik isterinya. Kerana isteri adalah tanggung jawab suaminya dan dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu. 

Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment