Front Pembela Islam (FPI) sebuah NGO di Indonesia mengecam keras rancangan kerajaan Indonesia yang akan membolehkan kembalinya peredaran minuman beralkohol di market dan pasar raya di sana.
Di Jakarta, Setiausaha Agung DPP FPI Jafar Sidiq mengatakan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tentang peredaran minuman beralkohol di minimarket dan pasar raya itu.
FPI berpandangan, peredaran minuman beralkohol hanya akan merosakkan generasi bangsa Indonesia.
"Kami tegas katakan tidak setuju. Alkohol berapapun kadarnya itu haram. Peredaran itu boleh merosakkan masa depan kita, lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang sering ditongkrongi anak-anak, "ujarnya sebagaimana diberitakan RMOLJakarta, Rabu (16/9/2015).
Dia mengajak masyarakat yang resah dengan adanya penjualan minuman beralkohol itu di minimarket untuk melaporkannya kepada pihak polis.
"Namun, jika tidak digubris sama aparat. Itu kan boleh dikembalikan semula pada masyarakat hukumnya. Jadi, masyarakat boleh bertindak untuk membanterasnya, asalkan dengan cara yang baik pula, "tegasnya
Memang umat Islam di mana-mana sahaja akan menolak penyebaran arak atau alkohol di dalam masyarakatnya. Syabas FPI. (IH/arrahmah.com)
No comments:
Post a Comment