Sunday, September 20, 2015
Bawa Lari Kerusi, PAS Akan Kejar... -Pengarah P'raya PAS.
YANG bawa lari kerusi PAS, akan dikejar. Bahkan PAS akan kejar walaupun melalui pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya akan datang. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.
"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.
PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali. Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun begitu, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.
Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang
"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.
Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu. Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.
"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya. (IH)
Abdul Hadi Dalam Program 10,000 Langkah Bersama Presiden PAS
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memula acara 10,000 langkah bersama Presiden pagi tadi kira-kira jam 9.00 pagi di Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu.
Dianggarkan lebih 5,000 peserta bersama dalam acara berjalan kaki sejauh 10km ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
VIVA PAS VIVA FOREVER !
Parti utk org sesat
Yg anggap hadi awe maksum
Bodo punya pengikut
PAS takaburrr....cha punya ore pas
Aku rasa kalau DAP dan PKR bg kerusi yg mereka menang pd pru lepas pd PAN, PAN boleh menang jgk sbb ketiga2 parti ni sbnrnya x byk bezanya.. tapi kalau bg kerusi yg kalah pula mungkin PAN akan terus berkubur..
Jadi sbnrnya PKR dan DAP kini dlm situasi ditelan mati DSAI diluah mati LKS.. sebab tu mereka takut nk bg kerusi samada yg menang ataupun yg kalah pd PAN.. tapi perkara sebenar yg tersirat adalah kalau bagi kerusi yg menang, lagi lah besar balanya.. takut nasib yg sama akan menimpa PKR dan DAP sbgmana nasib PAS yg telah dikhianati PAN..
Cuba bygkan dgn PAS ada sumpah dan bai'ah pun diaorg boleh main langgar canggitu jer.. inikan pulak kalau tanpa sumpah dan bai'ah dgn PKR dan DAP..
So dlm senario sebegini siapa yg rugi sbnrnya?
Tu org kata PAS ni mkn lama makin mengong.
rakyat nak jatuhkan umno-bn...PAS yg mengong ni sebok nak kerusi dia. Nampak sangat gila jawatan..
mengong....mengong....mengong
hudud mana
kenapa tk kejar utk laksana hudud
agenda pas hnya berdendam pd progresif
utk memenangkn umnu atas semangat assobiyah melayu yg sempit.
umnu tktakut golongan ulamak yg tktau berpolitik dn tktau undang2.
mereka takut golongan profesional islam yg membawa islam yg luas dn dinamik dlm masyarakat.
selagi pas tk laksana hudud maka selama itu pakailah lencana menipu hukum allah. dn umat islam tidak berminat dgn penipuan
teruskn lah mengejar bayangan sendiri atas apa yg tgn kamu sendiri usahakn selama ini
kita tunggu saja kad jemputan kawin umnu dn pas...itupun jika umnu jujur dlm percintaannya
rekod umnu ni habis madu sepah disepah2kan merata2.
Amanah ni seme depa langar bukit penang mana boleh langar itu cari penyakit namanya.nama sj amanah
Lari bawak kerusi lg bengong.ada ke bawak lari kerusi tuan rumah
Sekurangnya kami berusaha kamu buat apa selain mengutuk sj.amanah nak menegakkan islam konon.logo pun curi tv india malula sikit kat org india dgn nama amanah tu
Kesian pas. Dah baiah pun kerusi terlepas jugak. Baiah lagha drp pemimpin yg lagha. Baiah batal n tdk sah. Hanya Hajjaj yg amalkan baiah talak 3 bini. Pas melepas. Cuba lagi tahun depan. Pas dah ditolak oleh wanita dan ummat.
Berusaha makan angin ke jepun
Berusaha beli range rover
berusaha lagi... tak cukup lagi tu.
Bertanding dulu. jangan cakap banyak.
itu kerusi rakyat yang punya.
kalah dengan parti nyamuk boleh malu saja nanti.
Cuba check arwah Tok Guru Nik Aziz ada baiah talak 3 bini nye. Gwa rasa tak. Boleh check dgn mad yakob, nik amar atau nik bedoh. Perjuang islam cara pas penuh dgn rahsia. Lagu mana umat nk yakin. Baiah yg lagha. Hari tu nik zawawi kata tiada baiah talak 3. Hari ni hj hadi kata ada. Pening kita. Mana ulamak pas pls jawap?
Post a Comment