Tuesday, October 13, 2015

7 Pemimpin Lama BN Tidak Mampu Guling Najib..

Sidang akhbar dihadiri 6 pemimpin hebat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) di Putrajaya, semalam, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.













Sidang akhbar dihadiri 6 pemimpin hebat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) di Putrajaya, semalam, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.

Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang lain semalam sememangnya mengagumkan, tetapi penganalisis tidak yakin ia akan berjaya mempengaruhi ahli Umno untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain kecaman mereka terhadap Putrajaya berhubung penggunaan undang-undang keselamatan baharu terhadap pengkritik kerajaan dan kebimbangan mereka tentang keadaan negara ini, pemimpin berkenaan juga secara terbuka mempamerkan satu garis yang jelas dalam menentang kerajaan diterajui Najib.

"Kesan serta-merta sidang akhbar itu terhad," kata pengumpul suara, Ibrahim Suffian. 

"Terlalu awal untuk mengatakan ia mungkin memberi kesan kepada pemimpin lain tetapi jika anda melihat implikasinya pada jangka masa panjang, ia menunjukkan mereka yang ingkar dalam Umno sedang secara terbuka menentang Najib. Garisannya nampak jelas."

Selain Dr Mahathir, sidang akhbar itu dihadiri bekas lawan beliau bagi jawatan presiden parti, veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan ahli Parlimen Gua Musang sejak 1970-an.

Pemimpin lain yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal - kedua-duanya secara terbuka mengkritik Najib - juga bekas setiausaha agung Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas pemimpin MCA, bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik, juga menyokong pemimpin tersebut, walaupun beliau tidak hadir di sidang akhbar itu kerana berada di luar negara.

Ketujuh-tujuh pemimpin itu bersikap kritikal terhadap Najib dan polisinya, termasuk skandal sedia ada yang menyelubungi perdana menteri, iaitu "wang derma" RM2.6 bilion daripada individu tidak diketahui dari negara Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cetusan idea Najib juga sedang giat disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani berkata, penampilan bersama bekas "musuh" itu - Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh yang duduk bersebelahan antara satu sama lain pada sidang akhbar itu, pasti memberi kesan kepada emosi tetapi tidak akan cukup untuk memberi kesan kepada sokongan yang meluas dalam Umno bagi menggulingkan Najib.

"Ini disebabkan struktur hierarki dalam Umno sendiri. Tidak kira apa pendapat ahli akar umbi, jika ketua bahagian berfikir sebaliknya, suara akar umbi tidak akan membawa sebarang perbezaan," kata penganalisis BowerGroupAsia itu.

Malah, barisan pemimpin kanan yang mencuri perhatian pada sidang akhbar itu mungkin akan lebih memecahkan Umno dan menjatuhkan Najib ke tahap paling lemah pada perhimpunan agung tahunan parti Disember ini.

Bagaimanapun, ia tidak akan cukup kuat untuk memaksa Najib meletak jawatan.

Struktur kepimpinan dalam Umno juga kini memihak kepada Najib, kata Asrul.

Beliau berkata sidang media semalam juga mungkin merupakan cubaan berisiko terakhir bagi Dr Mahathir dan kumpulan yang sealiran fikiran dengannya.

"Dr Mahathir kini tidak lagi mendedahkan apa-apa yang baru pun dan mula berbunyi seperti 'radio rosak' (mengulang perkara sama berkali-kali).

"Menariknya, pihak yang kalah paling besar hasil sidang akhbar itu bukan Najib atau Umno, tetapi pihak pembangkang sendiri yang gagal mengambil kesempatan daripadanya akibat ketidakcekapan mereka sendiri," katanya.

Sementara itu, Dr Oh Ei Sun dari Universiti teknologikal Nanyang Singapura juga pesimis perkembangan mutakhir ini boleh menggalakkan ahli parti menggesa Najib disingkirkan, sambil menyatakan pemberian politik kekal sebagai salah satu faktor utama bagi ramai ahli Umno.

Isu lain pula ialah kebanyakan daripada pemimpin veteran tersebut tidak lagi berada dalam arus perdana politik, dan yang ketiga, kebanyakan ahli sudah menetapkan dalam fikiran mereka siapa akan disokong.

"Jujurnya, saya tidak fikir ia akan meninggalkan begitu banyak kesan kepada sesiapa pun, dalam apa cara sekalipun," kata felo kanan Fakulti Pengajian Antarabangsa universiti Singapura itu. (TMI-13 Oktober, 2015)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

2 comments:

Anonymous said...

sebab pemimpin-pemimpin umno-bn memang suka melihat rakyat berada dalam kebangsatan, kesusahan, kemelaratan dan kebodohan ....terutama puak-puak umno yang ada di felda, di kampong-kampong dan di pinggir-pinggir hutan

Anonymous said...

Brahim sufian mcm ahli nujum atau tukang tilik nasib. Itu tk bole ini tk boleh. Dia sendiri goyang teloq. I tk suka tun m. Tp dlm bab nk guling najib i sokong. I from ABU. Asal bukan umno. Hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails