Sunday, October 11, 2015

Amaran Kepada Rusia, Turki Tembak Jatuh Jet Tempur Rusia..

Sebuah jet pejuang Rusia dikhabarkan telah ditembak jatuh oleh pesawat tentera Turki selepas terbang ke kawasan udara negara itu. Khabar itu dilaporkan oleh beberapa media Barat dan Timur Tengah, namun belum disahkan kebenarannya.

Menurut laporan Daily Star, Sabtu (10/10/2015), saksi mata melihat sebuah letupan besar di Huraytan, Syria utara, sementara tiga jet pejuang melayang di atasnya.
Mujahidin Syria dilaporkan menembak helikopter rejim di langit kawan Kafr Nabudah di luar bandar Hama pada Khamis (08/10). Para aktivis lembaga pengawas HAM Syria mengesahkan helikopter itu jatuh, tanpa diketahui nasib juruterbang dan tentera yang ada di dalamnya.

Beberapa wartawan Timur Tengah melalui Twitter melaporkan, bahawa ada tiga pesawat Turki yang bertindak balas terhadap objek misteri mirip pesawat jet pejuang MIG-29 yang digunakan pasukan Kremlin.

Beberapa media itu telah cuba menghubungi Kerajaan Turki dan tentera Rusia untuk mengesahkan berita itu, namun gagal.

Laporan itu muncul di tengah meningkatnya ketegangan antara Rusia dan Barat, selepas pesawat jet pejuang Rusia melanggar wilayah udara Turki beberapa hari lalu. Kala itu, beberapa pesawat jet pejuang F-16 Turki bergegas memintas pesawat MIG-29 Rusia yang dikunci oleh radar pesawat Turki di dekat Kota Yayladagi, di Wilayah Hatay, berhampiran sempadan dengan Syria.

Pesawat-pesawat pejuang Turki itu kemudian mengawal pesawat jet Rusia kembali ke wilayah udara Syria. Kremlin sendiri mengakui insiden itu sebagai sebuah "kesalahan" yang tak disengajakan.

Selepas insiden itu, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu, memberi amaran kepada Rusia bahawa tentera Turki tidak akan segan-segan menembak jatuh pesawat pejuang asing yang menerobos wilayah udaranya.

DAILYSTAR

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails