HUBEI - CHINA. Seorang ibu yang menghabiskan duit pencennya untuk membelikan sebuah kereta untuk anak lelaki disuruh duduk di bahagian belakang kereta tersebut.
Laporan Shanghaiist menyebut anak lelaki tersebut, Liu berbuat demikian supaya isteri dan anaknya boleh berehat dengan selesa.
Pihak berkuasa menahan Liu semasa beliau melalui sebuah pemeriksaan ketika dalam perjalanan dari Jiangxi ke Hubei.
Pihak polis kemudia berhasrat untuk menyaman Liu namun ibunya mempertahankan tindakan anaknnya itu dengan alasan beliau selesa di tempat itu.
Kisah tersebut yang viral dan menyebabkan majoriti pelayar laman sosial di China mengecam tindakan Liu yang digelar sebagai 'anak paling teruk'.
"Apa yang tidak kena dengan lelaki ini? Kenapa dia sanggup melayan ibunya macam tu?" kata seorang pelayar dari Chongqing.
"Nanti bila anak kamu dah besar, anak kamu juga akan buang kamu di situ," kata pelayar dari Beijing.
Sifat Kemanusiaan
Sifat kemanusiaan menuntut anak melayani ibunya dengan baik. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
Kini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
- “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
- “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)
- “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
- “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
- “Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
1 comment:
apa yang dapat saya katakan lebih kurang begini., saya sendiri sudah berumur 57 tahun dan kadang-kadang bila terlalu lama duduk secara kaki terlipat dan keseluruhan berat badan di tanggung oleh pinggang semata-mata akan mendatangkan rasa kurang selesa, dan dengan cara duduk berlunjur rasa 'ketegangan' pada pinggang dan peha dapat dikurangkan., Saya sama sekali tidak berniat menyokong 'ketidak taatan' anak kepada ibu bapa tetapi sekiranya 'keselesaan' adalah aspek utama rasanya apa yang menyenangkan orang tua macam kami kadang-kadang tak sama dengan orang-orang muda yang serba serbinya kuat dan bertenaga... maaf ini cuma pandangan saya secara peribadi
Post a Comment