Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP 1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP? 2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
Wee, seorang peguam berkata beliau telah memaklumkan peletakan jawatannya kepada majlis tertinggi PKR.
"Saya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini kerana saya ingin menumpukan pembangunan di kawasan saya dulu. Kepentingan rakyat mestilah didahulukan dan bukannya semata-mata untuk tujuan politik," katanya.
Katanya beliau mengambil keputusan keluar parti kerana berpegang pada prinsip menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri.
Beliau turut menafikan tindakannya keluar parti disebabkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad ini.
"Ini semua tidak berkaitan dengan pilihan raya Sibu kerana saya berpegang kepada prinsip saya yang menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan ahli Pakatan Rakyat itu sendiri," katanya.
Wee berkata skandal pasir "amat menjelikkan" kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedar mengenai perkara itu sejak awal Februari tahun ini kerana anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP telah membuat laporan rasmi kerpada anngota Exco kerajaan negeri Ronnie Liu.
Abdul Khalid tidak mengambil tindakan dan lebih-lebih lagi, apabila dokumen mengenai skandal itu diserahkan kepadanya, "beliau mencabar YB Manikavasagam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata Wee.
Beliau merujuk kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam yang membuat laporan polis semalam terhadap beberapa pengarah sebuah syarikat pasir milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi pejabat Abdul Khalid selaku Menteri Besar.
Wee turut menyelar penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Kita semua tahu yang YB Lim Kit Siang dengan cepat mengeluarkan kenyataan menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung perkara yang beliau anggap sebagai kepentingan awam. Tetapi apabila melibatkan perkara serius seperti ini, orang akan fikir yang YB Lim akan mengambil tindakan ke atas anak didiknya, YB Ronnie Liu, kerana gagal bertindak pada Februari 2010," katanya.
-- BERNAMA
|
Friday, October 09, 2015
Anggota Parlimen Wee Choo Keong Keluar PKR. Mengapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Berita 14 MEI 2010 ????
rajin la Pak Hashim korek berita lama lagi lapuk. Dah tak ada berita terbaru ka nak kutuk PKR, DAP & Amanah.
Awat tak maii habaq pasai combi seksi ?,.. boleh la kitaa sama2 ereksi..
Ya Baiah baiah Ya ha na na yaa taklik..
woi anon 9.37.awak siapa nka pertikai Pak hasyim,dia ni sudah hampir bertaraf ulamk.ulamak sekarang tak bolih dipertikaikan ,apa mereka buat semua betul tak kira hitam ke kelabu ke.yang pasi bukan putih.Pak Hasyim macam tu juga ,kau jangan tanya dia mwoiiii dia ni sebersih hj Hadi.Kalau bab hentam DAP mereka2 lah macam nak ampos tetapi bila tanya kat SElangor tunduk macam babai makan ubi.
Kah kah kah ada yg meroyan sakan !
Salam semua,
Janganlah marah atau sindir individu macam Pak Hasyim. Dia manusia juga. Kalau dia ahli PAS dia juga nak parti yang dia sokong dapat sokongan ramai.
Cuma janganlah sebab fanatik parti sampai kita lupakan Islam. Kita label-melabel. Pengkhianatlah, rosak akidahlah, munafiq harakilah, seolah-olah kita ni maksum orang lain tu munafiq belaka.
Yang mengesankan hati saya, yang melabel-label tu bukan orang lain, Presiden PAS, Haji Hadi, Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Mahfodz dan lain-lain seolah-olah Islam tu bukan ramah-tamah, asyik-asyik maki hamun!!!
Dulu Haji Hadi dah buat silap sampai jadi kes kafir mengafir dan sembahyang dua imam. Sebabnya membuat syarah kitab Mustika Hadis secara literally. Dulu Imam Abu Hanifah pernah mencadangkan Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi. Tak ada pula Imam Syafie dan yang lain-lain mengkafirkan dia atau sembahyang dua imam!!! Hujah lawan dengan hujahlah.
Yang menyebabkan saya betul-betul kecewa adalah ketika ini ekonomi negara dah merudum, rakyat dah nak mampos pemimpin-pemimpin PAS sibuk sabotaj PKR dan rakan-rakan separti. Contohnya tuduh calon PKR di Kota Damansara bertuhankan Karl Marx dan Lenin. Nak mengkafirkan calon tu ke??? Tak cukup ke dulu kes kafir mengkafir???
Almarhum Nik Aziz dan Fadzil Noor dulu tak pernah pun buat macam ni. Tindakan yang dibuat semuanya berhujah bernas. Oleh itu saya menyeru ahli PAS supaya tunjukkan kita sayang Rasulullah lebih daripada kita sayang Haji Hadi dan Dr. Mahfodz dengan cara sopan-santun dan ramah-tamah bukan label-melabel dan sabotaj-mengsabotaj.
Yang jahil,
Nobody
Post a Comment