Saturday, October 17, 2015

Badminton: Kesian, Chong Wei Sudah Dianggap Kuda Tua. Habis Manis Sepah Dibuang?

    SUKAN
    Lee Chong Wei
    Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. WikipediaLahir21 Oktober 1982 (umur 32), Bagan Serai, MalaysiaKetinggian1.70 m. Berat60 kg

ERA kegemilangan bekas pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sudah berakhir. Pada usia 33 tahun, pemain yang mula dilabel sebagai ‘kuda tua’ itu semakin hilang taring seperti mana yang turut dilalui seteru utamanya dari China, Lin Dan.
“Chong Wei sekarang bukan Chong Wei yang dahulu”.
Itu kenyataan daripada pengulas yang membuat ulasan siaran secara langsung Kejohanan Badminton Terbuka Denmark awal pagi semalam.
Pada kejohanan tersebut, Chong Wei ditunjuk jalan keluar oleh pemain kurang ternama dari Hong Kong, Wei Nan yang menduduki ranking ke-26 dunia pada pusingan kedua kempen Siri Super Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense Sports Park, Odense awal pagi semalam.
Chong Wei yang kini menduduki ranking ke-25 dunia, tewas 18-21, 19-21 kepada Wei Nan dalam tempoh 45 minit.
Kekalahan itu merupakan kali ketiga Chong Wei tersingkir pada pusingan awal kejohanan Siri Super selepas Terbuka Jepun dan Korea Selatan bulan lalu.
Pada Terbuka Jepun, dia tewas kepada Lin Dan pada pusingan kedua diikuti kekalahan kepada pemain muda Korea Selatan, Heo Kwang Hee pada aksi kelayakan Terbuka Korea Selatan.
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata, beliau terpaksa akur dengan kekalahan itu selepas menyaksikan permainan Wei Nan yang ternyata lebih sempurna.
“Kami akur dengan kekalahan Chong Wei. Buat masa ini, saya memberi ruang kepadanya untuk berehat dan saya akan berbincang dengannya bagi merungkai kelemahannya sejak kebelakangan ini,” jelas Hendrawan semalam.
 Kesian, Chong Wei sudah dianggap 'kuda tua'. Habis manis sepah dibuang? (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Kuda tuan dalam sukan masih dipuja .tetapi kuda tua dalam poltik Pas sedang dipinggirakn oleh rakyat hany ditakson oleh sebahagian orang yang otaknya dah dibasuh ala tolobon.kasar ,bengis.hukum terus.putih pun dikta hitam .itulah Pas sekarang ,Cuba kita fikir secra akal.ada seorang peminpin lama .berjuang lama,pangkat tinggi presiden lagi ,ahli parlimen dah lama .kemudian mengrendah seorang ibu yang dikatakan tak layak jadi MB,tetiba di parlimen siapa yang jadi ketua Pembangkang? sepatutnay yang layak ialah dia tu tetapi mengapa dia tak layak? ada faham ,keheinana terpalit pada diri sendiri.

Anonymous said...

Cakap macam orang bodoh. Tak lulus SPM ko ni. Soalan tajuk lain, kau jawab lain. Orang dok bincang Datuk LCW, kau dok hentam haji Hadi. BODOH TAHAP ANAK HARAM KAU NI. Pegi tanya MAKBAPAK kau tu dulu. Mereka berzina ke hingga kau lahir. BANGGANG tak bertapis kau ni. BIUL.

Anonymous said...

Susah betoi la...bila ckp ka mesti campoq politik ..bangang tk sudah sudah..sukan sukan la..politik dr tk tk undi dh abih undi pon duk bunyik politik..woii tk penat ka..

Anonymous said...

Aono 12.56.sedap kau bercakap anak haram .mak bapak kau berzina .ini ke ajaran tok guru Pas kau .mungkin wajah manusia tetapi hati iblis dan syaitan ,kalau lah sikap kau begini di jara oleh ulamak kau pergi jauh2 .kalau kau lebih2 senanag je cari kau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails