Monday, October 12, 2015

Bagaimana Hilangkan Uban? Buat Sendiri Jus Ini, Dan Cuba..

Jus bawang dan rambut beruban.
Jus bawang dan rambut beruban.

Uban merupakan tahapan alami dari proses penuaan, dan biasanya berlaku pada orang tua. Seperti halnya usia, folikel rambut kita dalam menghasilkan melanin semakin perlahan, yang akhirnya memunculkan uban.

Namun terkadang, rambut beruban tumbuh sebelum waktunya. Tak heran jika kita sering melihat orang yang masih berusia muda sudah mempunyai uban. Hal inilah yang mendorong mereka untuk mewarnai rambut demi menutupi rambut berubannya.

Untungnya, ada cara semulajadi untuk mengatasi keadaan ini. Tak perlu repot mewarnai rambut, cukup dengan jus berikut ini, uban anda akan tertutup dengan sempurna. Berikut cara membuat jus ajaib ini.


Bawang bombay
Cara Membuatnya.
  1. Kupas bawang bombay dan potong kecil-kecil. 
  2. Haluskan bawang dengan blender, juicer, parut atau food processor. 
  3. Urut kulit kepala anda dengan lembut menggunakan jus bawang in.
  4. Lakukan selama 15 minit atau lebih. 
  5. Terakhir, cuci rambut anda dengan syampu berbahan ringan.
Ini merupakan ubat semulajadi yang sangat kuat untuk mengatasi rambut beruban. Jus bawang kaya akan enzim katalase yang telah digunakan selama bertahun-tahun untuk rawatan rambut beruban. Di masa lalu, banyak herbalist yang memanfaatkan bawang sebagai rawatan alami untuk mengatasi rambut beruban, jauh sebelum pewarna rambut diciptakan.

Selain mengambil jus bawang, hal-hal di bawah ini juga patut anda perhatikan untuk menghilangkan rambut beruban anda:

I. Meningkatkan pengambilan vitamin.

Rembesan melanin menurun, biasanya terjadi kerana kurangnya vitamin B12. Anda perlu mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan A lebih tinggi, agar badan anda dapat menghasilkan cukup melanin. Vitamin B dan A boleh anda dapati dalam sayur-sayuran berwarna hijau. Selain itu, pisang, yogurt, tomato, bijirin dan kembang kol juga merupakan sumber yang sangat baik dari vitamin ini. Pengambilan lebih banyak telur, susu dan daging, untuk mendapatkan vitamin B12 yang cukup.

II. Pengambilan makanan kaya iodin.

Iodin secara efektif dapat mencegah rambut menjadi putih. Makanan yang menjadi sumber iodin, di antaranya makanan laut, pisang dan lobak merah. Anda juga dinasihatkan untuk menukar garam meja dengan garam beriodin untuk meningkatkan pengambilan iodin.

III. Elakkan gaya hidup tidak sihat dan tekanan.

Terlalu banyak tekanan, pemakanan yang tidak tepat dan kurangnya aktiviti fizikal, sering dikaitkan dengan kemunculan rambut beruban lebih awal. Oleh kerana itu, anda perlu berhenti merokok secepat mungkin. Selain itu, anda boleh cuba mengamalkan yoga dan meditasi untuk menghilangkan stres.

Sumber: IH/Beauty Health Page

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-81: Herba
E-Buku IH-81: Herba

2 comments:

Anonymous said...

Petua pulak.bawang bombay tu mcm mana rupa.bwg yg buat masak tu ke.rambut sudah naik uban ni sbb dah tua juga.

Ibnu Hasyim said...

Secara spesifik, bawang bombay memiliki ciri khas seperti bawang merah. Yang berbeda hanyalah ukuran dan warna dagingnya. Berikut ini ciri-ciri bvawang bombay :

Ukuran – Ukuran bawang bombay memiliki ukuran yang lebih besar dibandingkan dengan bawang merah, sedangkan bawang merah memiliki bentuk yang lebih kecil.
Daging – Untuk dagingnya, warna daging bawang bombay berwarna putih sedangkan bawang merah mmeiliki warna daging merah dan agak keungu-unguan.
Bau – Bawang bombay memiliki bau yang lebih khas sehingga menambah sedap aroma masakan yang diberikan bumbu dengan bawang bombay.
Perkembang biakan – Bawang bombay bisa berkembang biak menggunakan bunga. Bunga ini ada pada ujung tangkainya. Mirip dengan umbi.

Sila search bawang bombay.. lihat dipamerkan gambar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails