Sunday, October 18, 2015

'Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa...' -Presiden PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kewujudan parti Islam baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - tidak membawa sebarang ancaman kepada PAS.
Anggota parlimen Marang itu berkata, PAS sebelum ini pernah menghadapi pelbagai masalah dan ia dapat ditangani dengan baik.
"Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar.
"Oleh itu kita menganggap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil," kata Abdul Hadi.
Beliau turut mengimbau kembali beberapa peristiwa sebelum ini yang melibatkan masalah dalaman parti itu sehingga tertubuhnya parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).
Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Ditanya bagaimana PAS berdepan dengan AMANAH memandangkan parti itu kini membentuk Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR, tokoh PAS itu berkata, ia hanyalah cabaran kecil memandangkan parti itu sering berhadapan dengan BN.
"Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.
"Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi (dalam pilihan raya umum), tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-undang hudud di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu tidak dapat dilakukan pada sidang ini kerana terdapat proses mahkamah yang sedang berjalan.
"Hudud, kita tunggu proses mahkamah yang sedang berjalan. Belum lagi (boleh bentang) kerana masih ada perkara di mahkamah," katanya. (MK)

5 comments:

Anonymous said...

SYABAS KEPADA PARTI ISLAM PAS KERANA 100,000 RAKYAT MENGHADIRI PERHIMPUNAN PAS DI KOTA BHARU KELANTAN ! VIVA PAS VIVA FOREVER !

Macai dan balaci dan sifu-sifu DAPig merasa teramat kecewa kerana mereka gagal sabotaj dan fitnah parti PAS! Siang dan malam macai, balaci dan sifu sekular menanggis dan meraung memukul dada sendiri kerana parti Islam PAS mendapat sokongan padu dari semua peringkat rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dll. Pemimpin parti kuali pula berkata Kuali akan tawan Kelantan dan Terengganu ....Hahahahaha ...nampaknya cita-cita menjadi bahan lawak sahaja !

Selepas ini, macai dan balaci haprak akan mencabar PAS membuat perhimpunan di Israel. Macai dan balaci memang haprak dan bangang! Bodoh bertingkat-tingkat ! Kah...kah...kah...kah !

Anonymous said...

Himpunan hijau kat kedah dulupun100k jugak....last2 melopong...harap ambik iktibar...keh..keh..keh...

tungkaran hati said...

Saya banyak belajar memaki-hamun, memfitnah dan berdusta dari ceramah-ceramah PAS....!
Adakah perlakuan PAS akan berterusan begitu?

Anonymous said...

100k dtg pun tk boleh menang.. tapi kan kalu 25 org je yg dtg confirm masuk kubur.. kah kah kah

Abdul Said said...

Kalau PAN tu kecil buat apa disebut-sebut, disumpah-sumpah dan dimaki-maki?? Yang sebenarnya Hadi ooi kau tu tak keruan. Tak tahu nak buat apa. Otak kau dah huru hara. Itulah mulut tu jangan celupar. Orang sentiasa ingat apa yang kau telah cakapkan. Dulu hujung tahun 80an kau datang ke masjid Alam Shah Jalan Pasar, Kuala Lumpur, kau cerita tentang toghut. Dapat kutipan lebih tiga ribu (masa tu kira dah besar jumlahnya). Sekarang apa jadi? Siapa yang sembah toghut. Parti kau huru hara. Ada yang dengar cakap presiden. Ada yang tak setuju.Ada yang tak lepas jawatan. Mungkin sebab tak reti nak cari makan ditempat lain atau pun dah selesa dapat gaji tiap-tiap bulan. Eloklah kau berundur Hadi ooi. Kalau ramai ahli pun tak guna. Sama macam ameno. Yang ramai tu tumpang cari makan, otak tepu dan tak reti berfikir buat apa!! Dulu semasa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih ada mengapa kau tak buat macam ni Hadi ooi??? Kau takut dengan Almarhum ke atau takut dengan Allah s.w.t.??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails