Ibnu Hasyim
SEORANG pengomen Weblog Ibnu Hasyim membantah Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan agar menaikkan elaun pencen bekas wakil rakyat dinaikkan kepada RM5,500 sebulan atau setengah daripada gaji yang diterima sebelum ini.
Alasan Mubarak ialah kerana rata-rata daripada mereka hanya menerima pencen sekitar RM1,000 sehingga layak mendaftar untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). (Lihat: BRIM: Malu Tapi Mahu, B/Wakil Rakyat Minta Naikkan... juga komennya.)
Menurut pengomen itu, kakitangan kerajaan terpaksa bekerja 25 tahun untuk mendapat pencen separuh gaji! Jika gaji terakhir mereka ialah RM1500 maka pencen bulanan mereka ialah RM750 sahaja.
"Kakitangan kerajaan terpaksa bekerja 25 tahun untuk mendapat pencen separuh gaji! Jika gaji terakhir mereka ialah RM1500 maka pencen bulanan mereka ialah RM750 sahaja. Bayangkan RM750 untuk menampung keluarga pesara di zaman kenaikan harga barang dan perkhimatan yang melampau!"
Pengomen itu bertanya lagi, "Adakah adil wakil rakyat yang bertugas selama 5 atau 10 tahun berhak mendapat pencen bulanan RM5000 sedangkan mereka hanya bertugas selama 5 atau 10 tahun sahaja?
"Dan mungkin di antara mereka telah menjadi kaya-raya atau jutawan kerana jawatan mereka tersebut! Tambahan pula mereka menerima pelbagai elaun sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan dll. Itu pun belum dikira habuan yang diterima oleh orang tertentu dari tauke-taukeh yang 'dermawan'(konon)!" Tegasnya lagi.
Maka wajarlah dia menasihatkan Mubarak, "Sepatutnya wakil rakyat belajar bersyukur dan membantu pesara-pesara kerajaan dan rakyat yang hidup miskin setelah mereka berkorban untuk negara!"
Weblog Ibnu Hasyim menyokong pandangan ini, bahkan ramai lagi rakyat miskin yang berkerja 'kais pagi makan pagi, kais petang makin petang', yang keringat masa mudanya diperah kerajaan habis-habisan dengan 1001 cukai, tapi bila jadi warga emas, tiada apa pembelaan yang wajar. Habis manis sepah dibuang.
Pemerintah dinasihatkan, kembalilah roh keadilan dan pemerintahan Islam yang asal seperti di zaman Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya, dalam menangani masalah ini. Allahu Akbar! (IH)
1 comment:
Ahli2 MUBARAK yang berada bawah kemiskinan tu bolehlah mohon BRIM, malah boleh isi borang di pejabat kebajikan masyarakat.... lagipun semua bantuan-bantuan kemiskinan adalah hasil usaha kamu sepanjang menjadi penggubal undang-undang. Jika tidak cukup itu adalah salah kamu kerana tidak berjuang membela rakyat miskin semasa kamu masih berjawatan.
Tak perlulah melalak mohon dinaikan elaun, kerana kamu tidak berhak untuk perkara itu.
Post a Comment