Monday, October 26, 2015

Bateri Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air. Merbahaya, Haramkan?

E-Cigar, Vapor
PENGGUNA
PUTRAJAYA – Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas seketika selepas bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian pada kira-kira 6.45 petang semalam itu berlaku selepas pesawat jenis Boeing 737-800 terbabit berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata kebakaran tersebut berlaku semasa penumpang berkenaan sedang menonton tayangan video di paparan skrin di tempat duduknya.

“Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas paha lelaki itu terbakar.

“Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di paha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata tindakan pantas anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat selamat mendarat di KLIA2 pada 8.44 malam.

Beliau berkata lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat.

Namun tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu. – Bernama

Sila buat kajian, kalau perlu haramkan pembawaan bateri di pesawat atau kalau perlu me'vape'nya sekali di tempat awam.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails