Friday, October 23, 2015

Dadah Dalam Minuman Berperisa

MOHD. DZURAIDI (dua dari kanan) menunjukkan botol minuman berperisa yang telah dicampur dengan dadah di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Taktik sindiket dadah yang mencampurkan bahan khayal itu ke dalam minuman berperisa terbongkar selepas polis merampas sebanyak 1,218 botol minuman mengandungi dadah bernilai RM1.15 juta dalam tiga serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor pada Selasa lalu dan kelmarin.
Serbuan selama 11 jam bermula pada pukul 8.45 malam 20 Oktober lalu itu turut berjaya menahan seramai lima warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 32 hingga 43 tahun disyaki pengedar dadah.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, sindiket itu mula aktif sejak enam bulan lalu dan menyasarkan kelab-kelab malam serta individu yang menghadiri pesta persendirian.
"Siasatan awal mendapati, sindiket ini akan mencampurkan dadah jenis ekstasi, eramin 5, atau ketamin dengan minuman berperisa menggunakan mesin pengisar sebelum memasukkan semula air tersebut ke dalam botol berkapasiti 500 mililiter.
"Ahli sindiket kemudian akan menjual air bercampuran dadah itu kepada pelanggan mereka dengan harga RM350 sebotol," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam. (KOSMO)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails