Sunday, October 25, 2015

Dia Ditipu Syarikat Pengambilan Pekerja Ladang Di Australia.


Kiri atas: Shah Kuala Kangsar, kanan atas: Lelaki dari Batu Pahat itu.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 



Shah Kuala Kangsar semasa di Malaysia.

TIBA-TIBA saya mendapat telefon dari Melbourne.. Dari pemuda Malaysia kelmarin, yang ditahan oleh pihak imigresen Australia beberapa jam, kerana disyaki 'pengganas'  Namanya, 'Shah Kuala Kangsar' (lihat: Pelancong M'sia Ditahan Di Melbourne, Disyaki Peng...). 

Katanya melalui telefon..


"Tuan, saya nak minta tolong sikit tuan. Semasa saya di Melbourne ini, ada seorang lelaki, datang mengadu kepada saya, katanya dia ditipu oleh sebuah syarikat pengambilan pekerja ladang di Australia. 


"Dia dari Batu Pahat, Johor. Tersadai di lapangan terbang Melbourne, merayau-rayau bertemu saya, minta tolong carikan kerja. Umurnya 56 tahun. Boleh tuan bantu dia yang dalam kesusahan ini dapatkan kerja?"


"Boleh." jawab saya. "Usahakan supaya orang itu sampai ke alamat ini. Saya akan uruskan supaya dia diambil kerja ladang di sana. Insya Allah!"


Kebetulan disebelah saya ada Muaz Jabal pengurus kerja bahagian ladang di Australia, saya serahkan telefon itu, supaya dia uruskan. 


Setelah selesai, saya tanya Muaz, ada apa-apa bayaran?  "Tak perlu bayar! Kita tolong dia, InsyaAllah Allah tolong kita pula!". 


Katanya lagi, "Ini bukan kali pertama saya tolong orang tertipu syarikat pengambilan orang kerja ladang di Australia.. Beberapa bulan lalu, semasa saya di Australia, saya menolong 3 orang wanita Malaysia dari Selangor yang juga tertipu dan tersadai sepertinya. Saya sendiri pergi mengambilnya di stesyen bas.. 2 Melayu, 1 India."


Al-hamdulillah!

Perhatian: 
Untuk maklumat proses pengambilan pekerja di Australia, boleh juga hubungi Ibnu Hasyim 

Ibnu Hasyim
 e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
Tel: 014 2225865
24 Okto 2015
KL.

Sila Lihat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &; Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum tuan Ibnu Hasyim,

Semoga Allah memberkati dan menolong tuan sekeluarga dan sahabat tuan yang sudi membantu manusia yang berada dalam kesusahan di negara asing.

Anonymous said...


Assalamulaikum tuan Ibnu Hasyim,

Saya mohon tuan Ibnu Hasyim sudi memberitahu kita tentang cukai-cukai yang akan dikenakan ke atas pendapatan pekerja asing di ladang Australia. Sila berikan contoh pendapatan dan potongan-potongan yang dikenakan oleh kerajaan Australi ke atas pendapatan pekerja asing di ladang Australia.

Terima kasih.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih pengomen pertama. Pengomen kedua nak tahu 'cukai-cukai yang akan dikenakan ke atas pendapatan pekerja asing di ladang Australia, insya Allah saya akan dapatkan. Tapi agak makan masa sikit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails