Thursday, October 08, 2015

Dia Ini Berpakaian Tentera Ditangkap, Pakai Kasut & Biadap Dalam Masjid.


Seorang 'tentera' telah berjaya ditangkap oleh jemaah sebuah masjid selepas lelaki berkenaan telah melakukan satu tindakan kurang ajar dengan merakam aksinya 'bersolat' dengan memakai kasut di dalam masjid, sedangkan dia bukan seorang beragama Islam.

Memetik laporan Suara.Tv, ketika ditangkap, lelaki memakai seragam lengkap tentera berpangkat leftenan muda Angkatan Tentera Malaysia (celoreng digital) singgah di Masjid Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor.

Menurut sumber, suspek yang ditangkap orang awam disoal siasat oleh pegawai bertugas sebelum dibawa ke Balai Polis Ulu Tiram, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan kepada lelaki itu juga iPad Mini dan iPhone 6 serta didapati terdapat banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada.


“Polis turut merampas kereta jenis Toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, kad pengenalan, beret Kor Kor Perkhidmatan Awam, tag nama, iPad mini, telefon bimbit berjenama iPhone 6,” katanya.


Tindakan lelaki itu yang menyamar sebagai anggota tentera telah menerima kritikan netizens selepas gambar ini menjadi viral di laman sosial kerana tindakan beliau memakai kasut di ruang solat selain mempermainkan cara ibadah orang Islam dengan melakonkan aksi bersolat untuk diambil gambar.

Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 42 tahun dan merupakan seorang jurutera di Johor. (IH/S)

2 comments:

Anonymous said...



Nampaknya orang kafir semakin berani menghina Islam dan orang Islam di negara ini. Contoh penghinaan ke atas Islam dan orang Islam:

(1) Seorang kafir 'bersolat' dengan memakai kasut di dalam masjid, sedangkan dia bukan seorang beragama Islam.

(2) Membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan Masjid Jamek Telaga Air, Butterworth, 6 Februari lalu.

(3) Menghina azan.

(4) Kepala babi ditemui di pekarangan masjid.

(5) Menghina Islam dalam facebook dll.

Selepas ini, sikafir mana pula akan bawa babi hidup masuk masjid? Mengapa orang-orang kafir terlalu berani menghina agama Islam di negara ini sedangkan orang Islam adalah penduduk majoriti di negara ini? Adakah mereka menganggap orang Islam sangat lemah di negara ini? Adakah perbuatan jahat dan penghinaan ke atas Islam dan orang Islam satu provokasi terhadap umat Islam yang dirancang oleh musuh Islam?

Wahai orang-orang Islam bersatulah melindungi agama Islam dari dihina oleh orang-orang kafir !

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails