Thursday, October 22, 2015

Henti Serangan Udara Atas ISIS -PM Baru Kanada.


Jet-jet pejuang Kanada akan menamatkan serangannya atas pasukan Negara Islam (ISIS / isil) di Syria dan Iraq, kata perdana menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau, hari Selasa (20/10/2015).

Walaupun demikian Kanada masih sebagai anggota kuat dari pakatan menentang Negara Islam, kata Trudeau, selepas menjelaskan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa dia komited memenuhi janjinya ketika kempen untuk menamatkan misi tempur negaranya tersebut.

Trudeau tidak memeberikan jadwal bila serangan udara Kanada itu akan diakhiri, lapor AFP.

Para ahli politik Konservatif Kanada telah memberi amaran bahawa menyingkirkan 6 pesawat pejuang dari pasukan kerajaan campuran pimpinan AS untuk menggempur ISIS akan menimbulkan konflik antara Kanada dengan AS. Namun, Trudeau dengan kemenangan pilihan raya hari Isnin lalu, bertekad menghapuskan dasar perang di Timur Tengah yang dibuat oleh kerajaan Konservatif pimpinan PM Stephen Harper selama 9 tahun terakhir.

Ahli politik Parti Liberal berusia 43 tahun itu juga berjanji akan menampung 25,000 pelarian Syria tahun ini. Padahal pendahulunya, PM Stephen Harper, menolak untuk menampung lebih banyak pelarian Syria, walaupun ada kemarahan awam berikutan kes kematian kanak-kanak 3 tahun, Aylan Kurdi, yang terdampar di pantai Turki. 

Nasib keluarga kanak-kanak kecil itu tidak jelas selepas permohonannya untuk mencari suaka di Kanada berulang kali ditolak, hingga akhirnya kanak-kanak malang itu terkorban bersama ibu dan abangnya di tengah laut, hanya tinggal ayahnya seorang.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails