Tuesday, October 27, 2015
Ini, Belajar Seks, Semua Murid Kena Berbogel..
HENAN, CHINA: Tindakan seorang guru sebuah tadika di negara tembok besar ini memuatnaik beberapa keping gambar pelajarnya ke laman sosial dalam keadaaan berbogel telah dikecam netizen.
Guru yang dikenali sebagai Ma berkata, tindakan yang dilakukan olehnya itu adalah merupakan salah satu aktiviti dalam pengajaran pendidikan seks di mana ia akan membantu mereka untuk belajar tentang erti kehidupan.
Memetik Sina News, guru itu telah memuat naik gambar tersebut di laman WeChat kerana merasakan gambar kanak-kanak tersebut comel.
Menurutnya lagi, pelajar lelaki dan perempuan turut diasingkan bagi menghormati privasi kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun tindakan itu ternyata mengundang pelbagai reaksi yang negatif berbanding positif apabila diketahui oleh ibu bapa pelajar di mana mereka menyatakan rasa kecewa dan terkejut selepas melihat foto anak mereka dalam keadaan berbogel tersebar di laman sosial.
Ibu-bapa tersebut kemudian menuntut penjelasan pihak sekolah dan meminta supaya guru yang terbabit dipecat.
Netizen turut melahirkan rasa pelik dan menyoal mengenai sistem pendidikan yang diamalkan.
Sementara itu, guru serta pengarah tadika itu memohon maaf di atas insiden tersebut, namun status sama ada guru tersebut dipecat atau sebaliknya masih belum diketahui.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebelum ini, guru Biologi di Groene Hart Rijnwoude School, Belanda, membuka baju dan pakaiannya menjadi cara yang ampuh untuk mengajar (Mengajar Biologi, Guru Wanita Buka Pakaian Depan M...).
Kini, seorang guru sebuah tadika membogelkan pelajarnya dalam aktiviti dalam pengajaran pendidikan seks, di mana kononnya ia akan membantu mereka untuk belajar tentang erti kehidupan.
Kementerian pendidikan hati-hati, bimbang penyakit tersebut menjalar ke negara ini, kerana Malaysia bukan negara yang berasaskan kepada agama sepenuhnya, apalagi bidang pelajaran dan pendidikan. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Insaflah wahai ibnu hasyim! Hentikan hobi tgk web lucah! Dh tua kutuk tapi nafsu kuda! Dh bengang delete komen
Nak komen jgn la smpai tabur fitnah. Nampak ka masa dia tengah web lucah. Dosa dengan allah boleh mintak ampun, dosa dengan manusia ...... sendiri mau ingat.
Bapak bakhtiar. Mohon bapak bertobat nasuha dari bermain nomor togel. Berdosa pak kalau bapak muslim. Bahkan tidak mendapat keampunan Ilahi kalau bapak kompromi sama setan. Nanti menjadi hamba setan di alam roh. Menjadi teman setan di neraka. Bertobatlah pak.
Semoga anon 10:36 tu, komen bukan untuk menolak kebenaran dan keadilan tetapi kerana emosi dan kejahilannya. Padanya dinasihatkan, berhujahlah dengan fakta bukan dengan mencipta tuduhan. Rugi dunia dan akhirat. Insaflah. Selamat berkomen!
Post a Comment