SEBUAH restoran di Daerah Kensington diberi predikat 'makanan murah terbaik di Sydney'. Namanya Pondok-Buyong. Restoran itu menjual masakan Padang.
Sebut saja restoran masakan Padang, semua orang Islam tahu bahawa itu restoran orang Islam, orang dari Padang tempat kuat Islam di Indonesia.
Sudah tentu di restoran ini, sajiannya halal. Bahkan tidak ada minuman alkohol disediakan. Restoran yang hiasan biliknya terkesan ala kadarnya, namun harganya sangat berpatutan untuk saiz poket orang Australia.
Nasi dengan dua lauk dan sayuran dibanderol 9.5 dolar Australia atau setara dengan Rp84.547 Indonesia atau hampir RM30 Malaysia.
Pondok Buyung masuk dalam senarai makanan terbaik Sydney yang dimuat buku 'Everyday Makan 2011' yang telah diterbitkan.
Pondok Buyung, 124 Anzac Parade Kensington NSW 2033 (02) 9663 2296
Pemilik Pondok Buyung, Peter Sjarief, mendiskripsikan makanannya sebagai "100 peratus makanan asli Indonesia". Para pembeli boleh memilih dari 20 lauk yang tersedia, ada rendang, ikan berempah, hingga kari otak lembu. Juga ada tempe dan bayam berkuah santan.
Sjarief yang asal Sumatera Barat berhijrah ke Australia pada 1976. premisnya ini sudah beroperasi selama 20 tahun. Hebatnya, selama itu, harga makannanya baru naik sekali, dari 5.5 dollar ke 9.5 dollar Australia per paket. Sjarief berkata, ia boleh mengekalkan harga murah kerana ini adalah perniagaan keluarga.
Lagi, antara restoran-restoran halal di Sydney...
Warung Ita, 168 Haldon Street, Lakemba NSW 2195 (02) 9740 5527
Ayam Goreng 99, 464 Anzac Parade Kingsford NSW 2032 (02) 9697 0030
Kafe Joy, 8 Quay Street Haymarket NSW 2000 (02) 9212 1991
Aneka Soto, 183 Maroubra Road Maroubra NSW 2035 (02) 9314 3779
Nasi Goreng, 508 Anzac Parade Kingsford NSW 2032
Maka ternyata peng'hijrah'an antara penyebab Islam tersebur luas sedunia.
Video:
Muslim Travelers - Kehidupan Muslim di Lakemba, Sydney (Restoran Padang)
(IH)
Perhatian: Boleh juga hubungi Ibnu Hasyim untuk maklumat proses pengambilan pekerja di Australia.
Ibnu Hasyim
e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
Tel: 014 2225865
16 Okto 2015
KL.
Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &; Islam.
No comments:
Post a Comment