Thursday, October 29, 2015

Kongsi Isteri, Cara Baru Atasi Masalah Pasangan Hidup. UMNO Tentu Suka..

PARTI bukan berdasarkan Islam, dan menolak perundangan Islam dilaksana sepenuhnya di negara ini, termasuk UMNO, tentu suka cara baru bagi mengatasi masalah pasangan hidup ini, seperti yang dicadangkan di Beijing China semalam.

Seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar lelaki yang berpendapatan rendah di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup. Walaupun cara itu sebenarnya cara tradisional lama tapi cuba diperbaharui semula oleh profesor tersebut.

Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.

Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.

Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai.

Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral.

Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.

Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie memetik laporan. 

Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran. 

Mengapa dikatakan Parti UMNO tentu suka cadangan itu? Kerana hanya Islam yang menentang peraturan jahiliah tersebut. Tetapi bila UMNO dan kuncu-kuncunya menolak perundangan dan Hudud dilaksanakan di negara ini, maka besar kemungkinan UMNO akan bersetuju dengan cara baru tersebut. 

Bahkan ada kemungkinan generasi Malaysia mendatang yang hanyut dari Islam, akan mengimport masuk budaya tersebut ke negara umat Islam yang tidak Islamik ini. (IH)

14 comments:

Anonymous said...

Bagus buang saja komen puak-puak mencarut tu. Mak bapak depa tak reti nak ajaq yang baik.

Anonymous said...

pak hasyim...jgn la marah sgt ngan umno tu...x lama lagi pas dah nak bergabung ngan umno...nnti hj hadi kena wala' ngan abg jib...pak hasyim x suka ke...

Ibnu Hasyim said...

Kita tak marah pada UMNO. Kita marah kepada yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak rahmat yang Tuhan beri. Rahmattan lil 'alamin.

Anonymous said...

Siapa yang menolak islam.DAP ke? Umno ke? Amanah ke ? Pas ke? bagi tahulah tuan Ibn,Dan islam yangmana depa tolak tu? islam cara Pas ke atau Islam cara Umno? bagi tau sikit.

Unknown said...

Bila masa ahli UMNO menyokong benda ni. agak2 la bila beri komen. Jangan sebab kita bermusuhan dengan UMNO semua nak dipalitkan. Ahli Pas pun ada meliwat isteri. jangan nak nafikan sebab ada repot polis. jadi adakah semua ahli pas pun redho???

Anonymous said...

Itu kongsi isteri ,sekarang ada yang buat cara begitu di Selangor ni,Pas kawin dengan PKR dan kogsi pulak dengan DAP .Cara untuk mengatsi tidak terbunagnya anak (EXCO) .betul tak Ibn Hasyim?.lebih kurrang sama aje dengan cerita Pas.mana maruah nak letak daa

Anonymous said...

Tak habis habis lg marah pas diselangor suka sgt nak kena perintah dap.jilat tahi cina la korang.sebelum berkuasa semua tunjuk baik dah berkuasa baru tahu muka.suka sgt nak jd cam singapore kaya tapi islamnya entah kemana.jaga jaga jgn ingat nak senang je nanti jd mcm aceh.

Anonymous said...

DAP menentang Islam, macainya PAN Imayam
Umno menolak syariah.

Mana lagi jahat DAP atau umno. Mestilah DAP lagi jahat.

Jesse Labu
N9era

IrWrWs said...

Bukan ke PAN pun tolak hudud jika dewata diaorg DAP tolak hudud??

IrWrWs said...

PAN pun dah dapat hidayah dari dewata LKS.. sbb tu lah kalau DAP tolak hudud, PAN pun akan turut sama tolak hudud..

Anonymous said...

Jika dua lelaki China yang bernama Pon dan Dan berkongsi seorang wanita, maka anak hasil kerjasama mereka boleh dinamakan PonDan !

Anonymous said...

Islam jenis apa la ibnu hasyim ni kalau keluar kenyataan ikut kepala lutut. Islam sangat2 la kononnya.... Tak nampak pun kenyataan awak ni mencerminkan diri tu seorang Islam ibnu hasyim ooooiii.... hehehe..

Md Said Salleh said...

Amboi songbongnya cakap.......

Anonymous said...

Hj jgn marah sgt dgn umno. Tk lama lg pas akan ug dgn umno. Mana hj nk bawa diri? Wan rosli marah sangat dgn pan. Kata pan tolak hudud. Pas bila nk laksana hudud? Dah 25thn perintah kelantan. Sembang kencang. Hj hadi bila nk bentang akta 355 di parlimen. Asik ponteng je presideng. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails