Wednesday, October 28, 2015

Konsert Panggung Khayalan Live in Educity, Membawa Remaja Khayal Tak Tentu Arah..

'Meletakkan nama Panggung Khayalan sebagai pengenalan konsert pada kali ini, Search membuktikan mereka masih berbisa dan gelaran legenda rock yang dipegang selama ini bukan khayalan. Pentas Konsert Panggung Khayalan Live in Educity menjadi saksi Search ‘menyihir’ peminat mereka.' Begitu remaja Malaysia dihanyutkan tak tentu arah.

HALAMAN HIBURAN

PADANG Stadium Educity, Nusajaya, Johor Bahru walaupun sedikit becak berikutan hujan pada sebelah petang tidak sedikitpun menjadi batu penghalang kepada sekitar 8,000 penonton yang hadir menyaksikan Konsert Panggung Khayalan Live in Educity.

Penonton dilihat menunggu seawal pukul 6 petang di pekarangan stadium bagi menunggu giliran untuk menyaksikan kumpulan yang hampir 38 tahun menyuntik mereka dengan ‘candu’ muzik yang dikenali sebagai Search.

Search, satu nama yang cukup ampuh dalam industri muzik tempatan, malah seiring kumpulan yang dianggotai oleh lima anak jati Johor Bahru itu membina empayar mereka sejak tahun 80-an, Search menjadi legenda rock negara yang paling hangat fenomenannya.

Konsert Panggung Khayalan Live in Educity, namanya sudah menggambarkan kemana arah anak-anak muda Malaysia hendak dibawa. Ke arah berkhayal tanpa haluan. 8,000 remaja berkumpul dari pukul 6 petang hingga tengah malam, tidak dilaporkan mereka solat Magrib atau tidak. Apakah mereka itu orang tak beragama?
Walaupun hujan lebat tapi tak menghalang mak boyot ni enjoy tengok konsert.

Kemana anak-anak remaja kita hendak dibawa? Sedarlah wahai tokoh-tokoh kerajaan pimpinan UMNO, tentukan matlamat mereka, bawalah mereka mengingati Hari Akhirat. Tanamkan semangat pembangunan kepada mereka. Pembangunan rohani dan jasmani, yang seimbang. Pembangunan moral dan spiritual, yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat, bukan di dunia sahaja. Bawalah mereka ke alam kenyataan bukan khayalan.

Dalam hal ini adakah UMNO masih tidak bersalah? (IH)

3 comments:

Yan said...

kalau takde konsert tu.. anak2 muda tu solat ker? rasanya 99% mereka tu tetap tak solat.. tak kiralah ada konsert ke tidak.. jangan salahkan konsert..

Anonymous said...

Jgn jatuh hukum dulu, mana anda tau budak2 tu tk solat?

Anonymous said...


Hiburan yang melalaikan adalah haram ! Bila dah syok menonton dan leka dengan hiburan sehingga lupa kewajipan sebagai seorang yang beragama Islam dan lupa solat kerana lebih utamakan hiburan, apa hukumnya? Pergaulan bebas lelaki dan perempuan semasa menonton hiburan tersebut, apa hukumnya?

Kepada pembela-pembela hiburan, kamu boleh mencipta pelbagai alasan untuk mempertahankan hiburan yang melalaikan semasa kamu hidup tetapi persoalannya ialah adakah Allah akan terima alasan kamu itu dalam mahkamah Allah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails