Tuesday, October 13, 2015

'Kot Untuk Kemanusiaan'. Muslim Kanada Agihkan Pada Yang Kurang Mampu..


HALIFAX: Muslim di bandar Halifax di wilayah Nova Scotia, Kanada, telah mengumpulkan ratusan kot musim sejuk yang akan mereka sumbangkan. Yakni, mereka cuba menawarkan musim sejuk yang lebih hangat untuk orang yang kurang mampu dan tempat perlindungan tempatan.

"Banyak orang yang menderita di musim sejuk lalu dengan tidak mempunyai baju tebal yang mencukupi, sehingga tujuan kami hari ini adalah untuk cuba memberi sebanyak-banyaknya warga Halogian kot hangat sebelum musim sejuk tiba," ujar asraa El-darahali, penyelaras 'Kot Untuk Kemanusiaan', mengatakan kepada Global News pada Ahad (11/10/2015).

Berkumpul pada Ahad (11/10) di Mall Mic Mac di Halifax, sukarelawan Muslim melancarkan kempen "Kot Untuk Kemanusiaan" kira-kira pukul 17.00 waktu setempat.

Pada akhiri acara, lebih dari 700 kot disumbangkan.

Kumpulan ini akan terus mengumpul sumbangan sehingga akhir bulan di fakulti gigi Universiti Dalhousie, pusat bahasa di Universiti St. Mary dan ruang doa lintas agama, SimplyCast dan Bedford ortodontik.

"Kami datang bersama sebagai satu komuniti, orang-orang dari bangsa yang berbeza, agama, latar belakang, hanya datang untuk tujuan utama membantu mereka yang memerlukan," ungkap El-darahali dan menambah bahawa ia berharap kempen tersebut boleh menjadi acara tahunan.

Muslim di Kanada berjumlah kira-kira 1.9% daripada jumlah keseluruhan penduduk yang berjumlah kira-kira 32.8 juta.

Jumlah pemeluk Islam di sana meningkat secara dramatik selama satu dekad terakhir dan Islam menjadi agama nombor satu diluar agama Kristian di Kanada. (IH/arrahmah.com) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails