Tuesday, October 27, 2015

Lagi 4 Wanita Dibogelkan. Iktibar Dari Kisah Ini?

Papua New Guinea: Sebuah rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan empat wanita diseksa sekumpulan lelaki yang menuduh mereka mengamalkan ilmu sihir. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Papua New Guinea, di mana keganasan dan pembunuhan yang berkaitan dengan ilmu sihir masih rancak dilakukan. 

Dalam video terbabit, keempat-empat wanita berkenaan dibogel, diikat, dibakar dan dipukul. Ia juga menunjukkan mereka diancam menggunakan parang sambil disoal sekumpulan lelaki terbabit. 

Menurut sumber, empat wanita itu dituduh melakukan sihir selepas seorang lelaki jatuh sakit di sebuah kampung di daerah Enga, Ogos lalu. Penduduk kampung mendakwa mereka mengeluarkan hati lelaki yang sakit itu secara batin menggunakan sihir. 

Bagaimanapun, mereka berulang kali menafikan tuduhan itu dengan seorang wanita merayu kepada penyerangnya: “Anakku, hentikannya!” 

Lelaki itu kemudian menjawab: “Beritahu cepat di mana kamu menyimpannya? Bakar dia guna wayar itu!” 

Sementara itu seorang lagi wanita berkata: “Saya tidak ada kena mengena dengan semua ini.” 

Dan seorang lagi berkata: “Saya ibu kepada lima anak.” 

Kumpulan penyerang itu kemudian mendakwa empat wanita itu memulangkan hati lelaki terbabit selepas diseksa, sekali gus menunjukkan mereka ‘bersalah’, menurut laporan media sosial. 

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang wanita maut selepas penyeksaan itu. Bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan lagi.

Komen Weblog Ibnu HasyimApa iktibar yang boleh diambil dari kisah ini? 

Kisah yang memaparkan pemikiran manusia yang dirosakkan oleh ilmu sihir. Kerana itu Islam menggariskan panduan-panduan berikut.


Sihir

Sihir seringkali dikaitkan dengan ilmu hitam. Sihirdigunakan untuk segala sesuatu hal yang sebabnya samar, lembut dan tidak jelas. Sihir memiliki berbagai macam bentuk dan caranya berbeda-beda, maka tidak ada definisi yang lengkap mencakup makna sihir. 

  • Ibnul Qayyim berkata, “Sihir adalah istilah yang menyatakan suatu pengaruh jiwa yang buruk dan kuatnya tabi’at dari pengaruh perbuatan sihir” (Zaadul Ma’ad, 4/125). 
Setiap umat dimana rasul diutus selalu mengejek para rasul, misalnya dengan menuduh sebagai tukang sihir. Hal ini menunjukkan bahawa umat terdahulu telah mengenal sihir. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), 
  • Demikianlah setiap kali seorang Rasul yang datang kepada orang-orang sebelum mereka, mereka (kaumnya) mengatakan, ‘Dia itu tukang dihir atau orang gila’”. (QS. Adz-Dzariyat ayat 52).
  • Ibnu Hajar berkata, “Sihir itu ada pada zaman Nabi Nuh ketika Allah telah mengabarkan bahawa kaum Nabi Nuh menuduh beliau sebagai tukang sihir. Kisah Harut dan Marut yang terjadi sebelum kisah Nabi Nuh atas apa yang telah disebutkan oleh Ibnu Ishaq dan yang lainnya.” (Fathul Baari, 10/223).
Bahaya Sihir

Sihir mengumpulkan hal-hal yang dapat menghancurkan agama. Di antaranya ialah meminta tolong kepada jin dan syaithan, menggantungkan azimat dan kalung azimat, menggantungkan hati dengan 'takut kepada selain Allah', meninggalkan 'hanya bertawakkal kepada Allah', merosak kehidupan manusia dan kemashlahatan, serta menyelisihi dalil-dalil syari’at yang melarang sihir.

Pertama: Jadi 'kafir' lakukan sihir.

Barangsiapa yang telah melakukan sihir, maka ia telah terjerumus dalam kesyirikan. Nabi SAW bersabda, 

  • Dan barangsiapa yang melakukan sihir, maka ia telah Syirik.” (Diriwatkan An-Nasa-I, dikatakan dalam Fathul Majid (231) 

Ini adalah dalil tegas bahwa tukang sihir adalah Musyrik.

  • Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah berkata, “Pembatal keislaman yang ke tujuh adalah sihir. Dan di antara bentuk sihir adalah as-shorfu atau al-‘athfu, barangsiapa melakukannya atau ridha dengannya, maka dia telah kafir, dan dalilnya Allah Ta’ala berfirman (ertinya), “Dan tidaklah keduanya (Harut dan Marut) mengajarkan sihir kepada seseorang hingga mereka mengatakan, ‘sesungguhnya kami adalah ujian bagi kalian maka janganlah kamu kafir’”. (QS. Al-Baqarah ayat 102).
KeduaSihir merosak agama seseorang

Sihir adalah perbuatan yang merosak agama. 

  • Nabi SAW bersabda: Jauhilah 7 hal yang membinasakan.” Mereka (para shahabat) bertanya, ‘Wahai Rasulullah! Perkara apakah itu?’ Rasulullah bersabda, “Menyekutukan Allah, perbuatan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan harta riba, memakan harta anak yatim, lari dari perang (saat berkecamuk), menuduh wanita beriman yang lalai (tidak terpikirkan untuk berzina, pent.).” (Mutafaqun ‘alaih).
Kesimpulan

Melakukan sihir dan pergi ke tukang sihir dapat merusak aqidah, bahkan meminta tukang sihir untuk melakukan sihir menyebabkan batalnya Islam seseorang. Contoh kisah di atas berlaku di kalangan rakyat yang belum berfikiran Islam sepenuhnya.

Di kalangan ahli politik negara pun berlaku juga. Mencari bomoh sihir semasa pilihan raya, bagi memenangi undi, pun termasuk juga. Walaupun nampak hebat dalam politik negara dan dunia, tetapi 'berkelas rendah dan jahil' dalam aqidah agama Islam, berbanding imam-imam kampung..

Begitu juga Datin-datin yang jumpa bomoh untuk memikat dan menundukkan hati suami, semuanya memdedahkan kejahilan dalam aqidah agama. 

Maka, wajib bagi setiap muslim untuk menjauhi perkara ini. Semoga Allah senantiasa menjaga kita dari keburukan sihir dan para tukang sihir. Wallahu 'aklam.
(Bab sihir, rujuk juga Kitab Ba’i-u Diinihi, karya Syaikh ‘Abdul Muhsin bin Muhammad Al-Qosam)

Hibur-hibur sikit..
Video:

AKU PAPUA ~ FRANKY SAHILATUA

2 comments:

Anonymous said...

Cerita dan gambar bogel,salah UMNO lagi.he..he...he.... Betul tak Ibnu Hasyim ?.

Anonymous said...

Betui. puak2 umno dah meroyan. ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails