Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata adalah "tidak masuk akal" jika pihak penganjur beranggapan ia sesuai untuk mengadakan acara sedemikian di Malaysia.
"Saya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka, ini bukan negara yang membenarkan seks bebas seperti mana yang mereka cuba anjurkan, mereka (penganjur) sudah mula hendak bawa masuk budaya songsang daripada luar negara, ini tidak sekali-kali dibenarkan, ini diharamkan!
"Sedangkan melakukan seks anal sudah menjadi satu kesalahan, apatah lagi dengan robot," katanya kepada wartawan.
Beliau turut menegaskan, melakukan hubungan seks dengan robot bukan perkara sainstifik sambil memberi amaran kepada penganjur untuk tidak melakukan sesuatu yang abnormal di negara ini.
Tambah Khalid, pihaknya tidak memerlukan sebarang laporan polis untuk bertindak terhadap penganjuran program tersebut yang dirancang diadakan pada 16 hingga 19 November depan.
"Tidak perlu laporan polis, kita akan ambil tindakan. Ada banyak undang-undang yang kita boleh gunakan," katanya lagi.
Portal berita Australia news.com.au awal bulan ini melaporkan ahli akademik akan berkumpul di Malaysia untuk persidangan 'Cinta dan Seks dengan Robot' untuk membincangkan isu undang-undang, etika dan moral mengenai topik berkenaan.
Kongres antarabangsa kedua mengenai 'Cinta dan Seks dengan Robot' (LSR) akan dipengerusikan oleh Prof Adrian Cheok dari City University London dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Toys Ltd. London, Dr David Levy.
Carian Astro AWANI di laman web tersebut mendapati seminar berkenaan dijangka diadakan 16 November ini di Black Box Medini Mall di Wilayah Ekonomi Iskandar Johor.
Topik-topik perbincangan yang dirancang turut disenaraikan di laman web ini, termasuklah emosi robot, robot klon, robot hiburan, personaliti robot, dan perkakasan seks elektronik.
Pelbagai pendekatan dengan topik ini termasuk jantina, falsafah, sosiologi, pendekatan psikologi dijangka akan dibincangkan, bersama-sama dengan etika robot. (Astroawani)
Gila!! Bagus polis bertindak segera.. (IH)
6 comments:
Ibnu hashim dijemput hadir. Mesti best. Haha. Sesuai sgt dgn ibnu. Naikkan semula semangat yg dah layu. Keh keh
apa pasal pihak polis yang mula bising....??? mengapa tidak jabatan-jabatan atau pihak berkuasa agama seperti jakim...???
Biasa le. Nk publisiti murahan le tu. Tu pasai Kebab sibok. Keh keh
Robot ini sepatutnya dihantar ke Penjara Sungai Buluh untuk Anwar,kesian dia disana kesejukan.
Fikiran kotor macai umno. Anwar tk lah seburuk itu. Dia tu ashik kena fitnah je. Dulu masa dia Tpm. Macai umno cium tangan utk cari projek. Kak kah
Stupid..bodoh..bersedialah lah diakhirat kelak memfitnah sdra seIslam ..
Post a Comment