Wednesday, October 28, 2015

'Little Ipoh' Di Melbourne Dikepung, Lelaki bersenjata Ditahan.

SEORANG lelaki bersenjata, pada Selasa telah membuatkan sebuah restoran Malaysia di Melbourne, bertukar menjadi medan pengepungan penuh dramatik selama dua jam.

The Daily Mail melaporkan bahawa polis Melbourne telah dipanggil ke restoran Little Ipoh yang terletak di bahagian tepi Latrobe Street dan Queen Street pada pukul 10 pagi waktu tempatan.


Lelaki tidak berbaju itu terdahulu telah menyerang polis dengan pisau pemotong daging dan berjaya melarikan diri dalam percubaan polis untuk menahannya sebelum melarikan diri ke restoran berkenaan.

Dia dipercayai terlibat dalam usaha perburuan polis awal hari ini. 
Lelaki itu telah mengurung diri di restoran itu dan mula membaling objek seperti kaca dan kulit buah oren mandarin dari tingkap di tingkat dua bangunan.

Dia juga dilihat menghantar mesej dan mencederakan tangannya. Lelaki itu juga didengar menjerit memanggil 'ibunya, isterinya dan orang-orangya," dari tingkap tersebut.

Anggota polis dari Kumpulan Operasi Khas akhirnya menangkapnya selepas tengah hari. Beberapa orang telah dipindahkan dari bangunan semasa pengepungan. (IH)


Peluang kerja di Australia, sekarang!
Hubungi..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865


Lihat keseluruhan kerja di Australia...
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

No comments:

Post a Comment