Seorang pengguna Facebook, Zainnudin Atai memuat naik dua video mengkritik kod pemakaian yang dikenakan oleh Masjid Negara kepada pelancong-pelancong yang datang menziarah masjid terbabit.
Melalui pemerhatian dari video, difahamkan para pelancong yang ingin melawat masjid negara diwajibkan memakai satu pakaian seperti jubah yang bewarna purple. Masalah yang timbul adalah jubah itu terbelah.
Di dalam video tersebut, Zainnudin Atai merakam video di sekitar masjid yang memaparkan keadaan masjid ketika menerima lawatan pelancong.
"Dia bukan sarong dari atas, pakaian dia sarung macam baju saja
"Jadi bila dia jalan, maka terbelahlah paha dia. Yang nampak sikit-sikit tu yang tak jadi tu
"Kita memang menggalakkan pelancong-pelancong asing ini untuk datang menziarah masjid kita. Tetapi dengan cara yang bagi saya.. yelah pakaian yang kita sediakan kepada mereka", kata Zainnudin di dalam video tersebut.
"Kita kena fikir benda ni. Menteri jangan tutup mata benda ni. Sebab musibah datang tak kenal siapa pun", tambah beliau.
Tambah Zainnudin dia juga sudah berbincang dengan pegawai-pegawai di Masjid Negara namun respon yang diperoleh amat mengejutkan.
"Tapi kata mereka, hey u suka u ikut, u tak suka sudah", kata Zainnudin.
Selain dari pihak masjid dan menteri, Zainnudin juga menuntut agar pihak DBKL mengambil langkah yang sepatutnya supaya perkara ini dapat diperbaiki. - Siakapkeli.my
1 comment:
Bila menyentuh bab agama mana ada pehak mahu mengaku untuk bertanggung jawab sebab yang menjaga menteri agama pun sama dua kali lima cakap saja lebih bertindak hancus.Itulah kekuatan keluhuran pegangan agama pemimpin kita dan para ulama yang makan gaji kalai bersuara akan mis syuru.
Post a Comment