Kuala Lumpur – Seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dihina dengan gelaran anjing kerana bertindak mengunci tayar kenderaan milik seorang lelaki dalam satu kejadian baru-baru ini.
Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya.
Melalui rakaman yang dihantar kepada SuaraTV, lelaki berketurunan Cina itu kelihatan marah dengan tindakan tersebut.
Dengar betul-betul ada ke perkataan ‘cepat buka, anjing’..
Dia bersama seorang lelaki lain dilihat cuba membuka tayar kenderaan tersebut sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.
Dia bersama seorang lelaki lain dilihat cuba membuka tayar kenderaan tersebut sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.
“Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…” jeritnya berulang kali.
Rakan setugas anggota penguatkuasa itu kemudiannya berkata kunci kenderaan tersebut tidak boleh dibuka kerana menurut peraturan yang telah ditetapkan mereka yang melanggar peraturan itu perlu membayar denda kompaun terlebih dahulu.
“Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.
“Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma” ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lagi anggota penguatkuasa yang sedang merakam insiden tersebut.
Rakan lelaki itu kemudiannya mengeluarkan duit dan mencampaknya ke lantai sebagai tanda protes atas tindakan tersebut.
Namun ketika anggota penguatkuasa itu mengutip wang yang dicampak itu, rakan lelaki tersebut dengan nada sombong menjerit ‘cepat buka, anjing’.
Manakala orang ramai yang berada di tempat kejadian mengecam tindakan biadap lelaki yang mencampak duit itu.
“Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita” ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. Berita SuaraTV
Sedangkan Malaysiakini pula melaporkan..
Sedangkan Malaysiakini pula melaporkan..
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini menafikan Ketua Menteri Lim Guan Eng merasuah tiga daripada pegawai penguatkuasanya untuk menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki yang melanggar peraturan memarkir kenderaan di George Town.
Dalam sidang medianya Ahli Majlis MBPP Ong Ah Teong berkata dakwaan itu adalah "pembohongan, fitnah jahat dan cubaan mencetuskan kebencian terhadap kerajaan negeri."
Dakwaan itu termuat pada akaun Facebook Penang Kini yang dikendalikan pihak tidak dikenali.
Dalam posnya, penulis mendakwa Lim memberikan habuan RM200 kepada tiga penguatkuasa MBPP yang terlibat mengunci tayar sebuah kereta di George Town supaya menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki Cina yang memaki mereka.
Buat laporan polis lagi
Pos itu menarik banyak komen dengan kebanyakannya berbau perkauman terhadap pegawai MBPP serta dua lelaki yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Ong membuat laporan polis terhadap akaun berkenaan yang dikatakan "mempertikai maruah" tiga pegawai penguatkuasa Melayu berkenaan.
Semalam Lim memberikan insentif bernilai RM200 kepada tiga penguatkuasa terbabit - Zarina Othman, Siti Asa Abu Bakar dan Sabrina Mohd Sabri - kerana ketegasan mereka menjalankan tugas.
Kata Ong kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 7 Oktober lalu dan sejam kemudian, seorang daripada pegawai terbabit membuat laporan polis berhubung tindak tanduk dua lelaki berkenaan.
"Bagaimanapun pengadu menarik balik laporan berkenaan pada malamnya kerana bimbang terhadap keselamatan diri selepas diugut dua lelaki terbabit yang akan mencederakannya jika mereka terserempak lagi.
"Malah mereka memanggil penguatkuasa itu sebagai anjing," katanya.
Sehari kemudian, kata Ong, MBPP membuat sidang media mengutuk dua lelaki berkenaan dan menggesa penguatkuasa MBPP itu membuat laporan polis semula.
Penguatkuasa terbabit kemudian membuat laporan polis untuk kali kedua.
"Hanya sehari kemdian (9 Oktober) Lim menyerahkan insentif RM200 kepada tiga penguatkuasa itu kerana keberaniuan dan profesionalisme mereka menangani kes berkenaan," katanya.
Semalam polis menahan dua lelaki untuk membantu siasatan berhubung dakwaan cuba menghalang pejawat awam melaksanakan tugas.
(IH)
(IH)
Wahai Ibn Hasyim.mengapa ada nama Lim Guang Eng dihujung perkataan .cepat buka .anjing'adakah budak cina tu sebut nama Guang Eng atau kau sengaja mencari suatu penghinaan.?.tolong jelaskan,aku tunggu apa penjelasaan akau,tak sepatutnya ada nama LGE dihujung tu,janagnlah tunjuk Pas ni semakian haru. ,
ReplyDeleteDibuka untuk perbincangan.. sila beri pendapat..
ReplyDeleteBuat perabis beras je kalu biincang dlm blog IH.... yg patut tuksr kpd nama lain...eg...
ReplyDeleteANU HISYAM