Monday, October 19, 2015

Pelajar Merogol, DiRogol Kerana, Dasar Pendidikan UMNO/BN Yang Gagal.

TAMPIN - Seorang remaja nekad membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang senior di dalam tandas sebuah sekolah di Gemenceh kerana tidak tahan dengan ugutan yang diterima dari seniornya.

Remaja terbabit yang berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Gemenceh pada Selasa lalu dengan berkata dia dirogol tiga kali pada Mac lalu. Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana gusar dia sering menjadi tempat melampias nafsu buas seniornya sendiri.

Memetik laporan dari sumber Sinar Harian, semasa kejadian pelajar berkenaan berada di kantin sekolah kira-kira jam 8.30 malam. Pelajar terbabit yang duduk di asrama sekolah menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang mengajaknya berjumpa.

Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa jika enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk.

Mangsa yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam,” katanya.

Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian. Menurut sumber terbabit, mangsa yang takut terpaksa akur dengan permintaan suspek namun suspek bertindak biadap apabila merogol mangsa berulang kali pada Mei dan Jun lalu.

Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan kerana tidak mahu terus menerus diugut.", katanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian. Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan lanjut.

Suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. 

Ini satu lagi bukti, bahawa dasar pendidikan negara gagal melahirkan insan profesional yang bertakwa. Gagal melahirkan manusia yang mempunyai tingkat moral yang tinggi. (IH)

9 comments:

Anonymous said...

Pak Aji suka ngentot ya pak,kalau suka ngentot dan mencuri jangan salahkan orang lain,salahkan diri sendiri dan ibu bapa.

Anonymous said...

Pandai betul Ibnu Hasyim ni asyik nak salahkan Umno dan kerajaan,di Kelantan tak ada kes rogol ke,tak ada kes hidu gam dan pil kuda. Kalau terjadi di Kelantan ia juga kerana PAS ke. Engkau betul2 sebijik macam Lim Tokong yang selalu menyalahkan UMNO keatas setiap masalah yang berlaku di Pulau Pinang.

Anonymous said...

Aku miskin,tak ada beras,tak ada rumah,tak ada kereta,tak ada isteri cantik,tak ada pelajaran.Ini semua salah UMNO ,betul tak Pak Haji.Ini adalah cerita dan idea bengang yang selalu aku dengar dari orang PKR,DAP dan PAS.

Anonymous said...

Bodoh punya statement.... apa nak jadi dgn Ibnu Hasyim ni....
tuhan bagi akal tu gunalah elok2... umur dah lanjut dah...
takkan tak menjadi lagi.... teruk la ini macam.... hehehe...

Anonymous said...

Merogol adalah satu tabiat manusia sepesis haiwan yang selalu menunggu peluang dan mangsa,jangan salahkan seseorang atas setiap jenayah yang kita lakukan.

Ibnu Hasyim said...

Memang, manusia ada sifat-sifat tabienya. Kerana itullah Allah SWT menurunkan panduan berupa agama bagi mengawal tabie manusia seperti seks dan lain-lain. Jadi tidak mewujudkan suasana penyesuaian tabie dengan agama itu suatu kesilapan. Di situlah salahnya UMNO/BN yang tidak meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran negara. Maka jadilah suasana negara ini seperti yang ada sekarang.

T. kasih kepada pengomen-pengomen.

Anonymous said...

Pakcik Ibnu Hasyim... apa buktinya UMNO/BN tak letakkan Islam sebagai asas pentadbiran?
Islam yang bagaimana yang Ibnu Hasyim katakan sebagai asas pentadbiran? Takkan cakap
je pandai.... jelaskan sekali la... tulis lagi utk tajuk ni saja... amacam? ada berani?
Kalau setakat berkokok kosong tu tak payahlah.... kasi isi la sikit....

Anonymous said...

apa kata kalu kita salahkan ustaz dan uztazah yang tak mengajar agama dengan baik dan difahami. asyik dok pi ceramah politik, ngajar pun tak betul. patutnya ustaz ajar la dengan baik dan fahamkan segala hukum agama agar orang tidak melakukan kesalahan. ni asyik ceramah politik ajer.

Ibnu Hasyim said...

Apa buktinya UMNO/BN tak letakkan Islam sebagai asas pentadbiran?

Buktinya perlembagaan negara bukan perlembagaan Islam. Perlembagaan Lord Reid jadi asas perlembagaan negara. Itulah sesatnya UMNO yang paling besar, dilaknat Allah di dunia dan di akhirat.

Matlamat sudah salah, bagaimana perlaksanaan nak jadi betul? Itulah antara sebabnya kehidupan sosial dalam negara sudah jadi haru biru sekarang. Antaranya seperti kes antara pelajar rogol merogol di atas, dengan sistem pendidikan yang salah.

Tq.kerana anda mula buka perbincangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails