Monday, October 19, 2015

P/Harapan Kucar-kacir, Kit Siang Bawa Masalah? -Undi Tak Percaya..

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian menyifatkan Pakatan Harapan dalam keadaan kucar-kacir. Menurutnya, perbezaan pendapat mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan betapa rapuhnya penyelarasan mereka.
"Apa yang kita saksikan hari ini merangkumkan masalah pembangkang sekarang.
"Ia membuktikan ketika BN sedang mengalami beberapa masalah, pembangkang tidak mampu mengunakan kesempatan daripada kelemahan BN," katanya kepada Malaysiakini.
Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa ahli parlimen PKR Hee Loy Sian supaya menarik balik usul undi tidak percaya itu dengan mengingatkannya bahawa ia bukan "permainan guli".
Sebaliknya, Lim mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membawa usul yang sebegitu penting dan bukannya dibentangkan oleh mana-mana anggota biasa Parlimen.
Jika tidak, beliau membayangkan DAP mungkin tidak menyokong usul berkenaan.
Hee bagaimanapun tetap berkeras mahu berbuat demikian dengan menempelak Lim bahawa beliau bukan presiden partinya.
Mengulas perkembangan itu, Ibrahim mengakui beliau tidak pasti sama ada terdapat protokol tertentu mengenai pembentangan usul. Bagaimanapun, katanya, mana-mana Ahli Parlimen hendaklah bebas mengemukakan usul.
"Tetapi jika pembangkang melihat ia sebagai sesuatu yang penting, mereka sepatutnya mengadakan pertemuan sebelum ini," katanya.
"Ini hanya menunjukkan mereka kurang persediaan dan tidak mampu untuk bersatu.
"Bagaimana rakyat boleh menaruh keyakinan terhadap mereka?” soalnya. 
Sudah jelas Pakatan Harapan sudah kucar-kacir, Nampaknya Lim Kit Siang sudah mula menampakkan belang masalahnya. (IH/MK)

5 comments:

Anonymous said...

Dimanakah lagi hendak ditaruh harapan rakyat. Bila parti yg diharapkan sudah tidak boleh diharapkan. Beginikah tingkahlaku pemimpin yg dilantik utk membela rakyat?

Anonymous said...

harap pada lebai lah tapi tiada jaminan TIDAK akan di maki, dijebon di barua kan
haha ha ha - dlm pari tu boleh tahan juga mulut longkang mereka,. Maha suci Allah dijauhkan kita dan keturunan kita bermulut Longkang. Aaminn

Anonymous said...

Azmin Ali akan di"undurkan" sebagai MB Selangor dan akan diganti dgn bekas MP dari UMNO yg baru saja menyertai PKR. Bagi tujuan ini Rawang Move pula akan diterjadi. Ini semua adalah agenda DAP kerana Azmin masih mahu berkerjasama dgn PAS.
Berhati-hatilah dgn DAP kerana dah mula menunjukan taringnya. Bangsa Melayu harus waspada dgn DAP mereka kini dan berani menghina Islam dan Melayu. DAP dan PAP dari Singapura tiada bezanya.
Daripada DAP memerintah PPinag adalah lebih baik BN memerintahnya tapi kesilapan besar UMNO memberi kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan walaupun UMNO mempunyai kelebihan kerusi berbanding Gerakan.

bat8 said...

Itu perbezaan pendapat bagaimana cara terbaik hendak mengemukakan usul xpercaya. Akhirnya mereka dah selesaikan perbezaan pendapat itu.

Mentang2 lah dalam PAS pasca TGNA ni perbezaan pendapat tidak dibenarkan oleh PAS, jangan samakan PAS dengan parti lain.

Anonymous said...

Pembangkang ni mana boleh dipercayai,satu komunis ,satu syiah dan suka tibai bini orang dan yang satu suka meliwat. Agaknya mereka ini sampai kiamatlah asyik membangkang. Cuma yang kesiannya ialah penyokong mereka selalu terkangkang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails