Monday, October 12, 2015

Piramid, Bahan Sejarah Tamadun Keingkaran Manusia, Jom Masuk Lihat Di Dalamnya..




KITA mesti selalu melihat gambar salah satu khazanah dunia iaitu piramid dan piramid yang paling terkenal sudah tentu piramid Giza yang terletak di Mesir. Piramid adalah bangunan lama yang membentuk "landmark" Mesir, hampir semua orang sudah tahu bentuk luarannya. Namun tidak ramai yang tahu apakah yang ada di dalamnya.

Jom kita lihat gambar suasana di dalam Piramid Giza.








Mungkin ramai sudah tahu, bagunan ini merupakan antara karya teragung manusia telah dibina lebih dari 5000 tahun lalu itu, telah membuktikan ilmu arkitektur sudah maju pada zaman dahulu.

Piramid sebenarnya adalah bangunan makam kepada raja-raja Mesir atau lebih dikenali dengan nama Firaun. Di makam inilah jasad-jasad Firaun dan isteri-isteri mereka 'dikebumikan' bersama harta berupa perhiasan emas, lukisan dan barang-barang kesayangan.

Piramid paling terkenal dan besar adalah piramid Giza di Mesir. Tetapi ia bukanlah piramid tertua kerana berdasarkan kajian, piramid Sakkara terletak dibarat Laut Memphis, ibukota Mesir zaman dahulu yang dibangun pada 2630 SM-2611 SM .

Piramida kedua tertua dibangun pada 2613 SM-2589 SM adalah Piramida Dahshour, berada sekitar 7 km selatan Piramida Sakkara. Dibangunkan pada era pemerintahan Firaun Sneferu periode Old Kingdom. 


Lihat lagi..









Kesimpulan:

Pengajaran Dari Piramid Fir'aun Ini..

Allah SWT menunda azab kepada para hamba-Nya yang ingkar namun bila sudah tiba waktunya tidak ada yang dapat menghindarinya. Dari sinilah kita diperintahkan untuk menyegerakan taubat kerana ia tidak dapat diterima ketika roh mencapai tekak atau yang mati dalam keadaan kafir sebagaimana terdapat dalam surah an-Nisa ayat 18
  • "Dan taubat itu tidaklah (diterima Allah) dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka (barulah) dia mengatakan, saya benar-benar bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima) dari orang-orang yang meninggal sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu kami sediakan azab yang pedih. "
Jasad Firaun kini masih ada di Muzium Kaherah ini, berdekatan dengan Bulatan Tahrir, Mesir.

Hal ini sesuai dengan janji Allah, 
  • "Maka pada hari ini Kami selamatkan ragamu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu" (Yunus [10]: 92).

Hikmah
  1. Dari sini kita dapat mengambil beberapa hikmah diantaranya, se siapa saja yang berbuat seperti yang dilakukan Firaun akan mendapat balasan yang sama dengannya, khususnya bagi mereka yang berani mengaku menjadi tuhan. Jasadnya diabadikan hingga lautpun tak sudi menerima jasad makhluk kotor ini.
  2. Hikmah lainnya adalah agar para pengikut Firaun ini tidak boleh membuat mitos-mitos dan keterangan palsu seperti Firaun sudah diangkat ke langit dan sudah berada di tempatnya dengan tenang. Mudah-mudahan kisah-kissah ini semua dapat menjadi ibrah (yang mendatangkan iktibar) dan manfaat bagi kita semua. 
  3. Kerana sosok-sosok Firaun sentiasa ada di sepanjang zaman termasuk di Malaysia ini.
Wallahu 'aklam.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails