KL: DAP Pahang membuat pusingan U dengan menangguhkan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung khutbah Aidiladaha yang dikeluarkan Jabatan Mufti negeri itu yang didakwa memfitnah parti berkenaan.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Mufti itu bagi mengadakan perbincangan di peringkat dalaman dan berhemah.
"Islam mementingkan akhlak dan teguran wajar disampaikan dengan baik, bukan melempar tuduhan tanpa usul periksa.
"Kita mahu berbincang secara dalaman bagi mendapatkan penjelasan serta bukti terhadap apa yang telah dinyatakan dalam khutbah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Jumaat.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Tengku Zulpuri memberi tempoh lima hari kepada Jaip untuk membuat permohonan maaf berhubung kandungan teks khutbah Aidiladaha yang didakwa memfitnah parti itu.
Mereka juga menuntut Jaip untuk menarik kembali teks berkenaan, sebelum mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada maklum balas daripada jabatan agama itu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Mengenai tindakan undang-undang, Tengku Zulpuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab berkata, perkara itu hanya akan dilakukan sekiranya perlu, namun menegaskan bahawa penyelesaian secara berhemah adalah lebih baik pada masa ini.
"Kita tunggu dulu (tindakan undang-undang). Biarlah kita selesaikan perkara ini secara baik. Kita ini orang Islam, jadi perlu fikir saluran yang lebih baik dahulu (selesaikan)," katanya.
Ditanya bilakah pertemuan itu akan diadakan, beliau berkata, pihaknya akan menghubungi Jabatan Mufti Pahang dan menjangkakan ia dapat diadakan minggu depan.
"Harap mereka dapat terima kita untuk adakan perbincangan secara dalaman. Kita akan tunggu respons mereka," kata Tengku Zulpuri.
Terdahulu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bagaimanapun bertegas tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP itu sambil mempertahankan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.
Menurut teks khutbah yang dikeluarkan jabatan berkenaan, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
“Perpecahan ini kerana umat Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu. (mStar)
7 comments:
Setuju selesai dgn baik agar JAIP tak terasa malu. Moga DAP dpt sampai dakwah kpd mufti tentang fitnah. Kalau Jaip tak nak mintak maaf atau tarik balik khutbah, tak pe janji DAP dah berdakwah kpd mrk.
SepatutnyaDAP kena juga berdakwah melalui ustaz lim kepada bloger Pas ni.agar dapat menulis dengan adil serta tulis yang beanar dan sekiranya sesiap yang buat salah bloger tulis untuk menasihati bukan memfitanh atau mencurah minyak seta memetik mancis api.terbakar jadinya.Dan kita tixdak tahu siapa yang terbakar ,siapa yang jadi arang dan siapa yang jadi abu.
Fitnah apa kan tuan bloq sudah terang lg bersuluh.benang yg basahpun nak ditegakkan.sudah jelas dikatakan dap tak akan sokong hudud.itu bkn bermakna .menolak islam ke.mca dibwh kuasa umno.umno masih mengharapkan mca utk berkuasa.jd mereka melebihkan kuasa dr hudud.pkr n kuali pula bertempek mengharapkan kuasa dap yg tak nak hudud.bagaimana mereka nak buat hudud jika bertempek dgn org yg tak nak buat hudud.dulu umno kata pas guna hudud utk modal politik.ini kuali pulak kata pas guna hudud utk modal politik.modal atau tak modal kita perjuangkan juga ye tak tuan bloq.
PARTI KAFIR DAN PENGIKUT MUNAFIK
Parti kafir DAPig secara terang-terangan berkempen melalui media massa menghasut orang Islam dan orang kafir menentang hukum Allah (Hudud) supaya Hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini. Ini bererti DAPig adalah musuh Islam yang nyata.
Manusia munafik mengaku beragama Islam tetapi mereka menyokong parti DAPig menentang Hudud (hukum Allah) sedangkan Hudud terkandung di dalam Al-Qur'an:
"Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya."(Al-Maaidah 5:52)
Menentang hukum Hudud bererti menolak Al-Qur'an! Sebagai contoh, hukum potong tangan pencuri adalah perintah Allah yang terdapat dalam Al-Qur'an:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Al-Maaidah 5:38)
Allah telah memerintahkan manusia melaksanakan hukum dan perintah Allah:
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."(Al-Maaidah 5:49)
Apakah hukum bagi orang yang sengaja menentang atau mempertikai hukum Allah? Jawapan: KUFUR AKIDAH (MURTAD) !
"....Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir."(Al-Maaidah 5:44)
Allah SWT telah berfirman:
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّـهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ﴿٦٥﴾لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
Maksudnya: "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah."(Surah al-Taubah: 65-66)
Org Islamyg tk setuju dgn PAS bkn menolak hudud. Tanya mrk sndr jgn dgr fitnah hadi. Mrk tak setuju bising pasal hudud skrg sbb ada benda yg lebih besar perlu diutamakan. Negara menuju kehancuran, rakyat tertindas, ekonomi hancur. Hudud tak dpt selesai masalah tu. Bersatu jatuhkan BN dulu. Bila UMNO hancur PAS boleh bergerak sendiri utk tubuh negara Islam. Selagi UMNO berkuasa jgn harap PAS ganti UMNO. Lumrah dunia, bila ekonomi elok jenayah kurang. Hudud memang patut dikenakan pd mrk yg tak ada sbb utk mencuri. Bgtu juga dgn zina dll. Bila suasana terkawal, pasangan mudah berkahwin maka hudud dkenakn sbb bila mrk takde alasan utk.zina kecuali memang suka suka. Prioritynya skrg wujudkan suasana Islam, msyarakat Islam br boleh laksanakan hudud. Dlm keadaan skrg yg mana hakim besar mahkamah syariah pun makan rasuah,ia.boleh mndtgkn ftnah kpd hudud.
Alahai manusia yg berugama islam jgn lah byk alasan itu begini begitu dlm melaksanakan yg dituntut Allah..nak tunggu apa? Beriah sokongan 100% sebagai sorang islam dlm pemventangan dan kelulusan perlaksanaan hukum Allah....sambil tu perjuangan politik jln selari...nak tunggu apa lagi wahai manusia Islam ..samada idelogi politik yg berbeza yg Penting iman sebagai seorang yg mengakui ISLAM..tepuk dada tanya iman sdra2 ..nak tunggu apa kematian atau kiamat?
Dan jgn jadikan PAS sebagai alasan2 bodoh politik kononnya dlm mencapai cita2 politik duniawi dan sanggup bersekongkol dgn kaum kuffar mnolak Allah
Alkahu Akbar 3x
Tolong nasihatkan S Yusuf Qaradawi supaya tarik balik nasihatnya agar hudud dibuat last sekali. Ramai org Islam di dunia dgr fatwanya.
Post a Comment