Usaha Parti Amanah Negara (AMANAH) melobi jaringan Islam antarabangsa mencapai langkah kanan selepas pertemuan dengan tokoh sarjana Islam dunia Yusuf Al-Qaradawi.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.
“Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan malam tadi.
Bekas naib presiden PAS itu juga berkata AMANAH berbincang dengan Al-Qaradawi berkaitan “kejelasan fikrah Islam” kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya.
“Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam,” katanya lagi.
AMANAH dalam usaha memperkenalkan parti Islam baru itu di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan gerakan Islam antara 13 hingga 18 Oktober lalu.
Selain Salahuddin dan Mujahid, turut menyertai mereka Timbalan Penasihat Umum AMANAH Abdul Ghani Shamsuddin dan Bendahari Asmuni Awi.
Misi mereka bermula dengan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober, yang menjelaskan kenapa AMANAH perlu wujud dalam persada politik Malaysia.
“Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai AMANAH,” kata Salahuddin.
Manakala dalam pertemuan dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, setiausaha agung Ikhwanul Muslimin itu mencadangkan supaya usaha mencapai persefahaman di kalangan parti politik Islam, termasuk PAS digerakkan.
Semua itu supaya politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia, kata Salahuddin memetik pesanan Ibrahim.
Justeru, kata Salahuddin, AMANAH terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan umah.
“AMANAH juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan AMANAH dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya,” katanya.
'Haram, kata Ayah Chik'
Bagaimanapun, ketika AMANAH mengambil langkah itu selepas, di kalangan akar umbi PAS, idea yang lain pula diketengah.
Pemuda PAS Kuala Selangor dalam Facebook contohnya menerbitkan tulisan berjudul “Petikan ucapan Ayah Chik (Hadi): Haram tubuh parti Islam selagi PAS masih ada: Dr Qaradawi ”.
Tulisan itu antaranya menyebut, Qardawi menghubungi Hadi untuk mendengar sendiri pendapatnya perihal parti Islam baru di Malaysia.
“Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Al-Qaradawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada.
“Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya,” kata Hadi seperti dilaporkan Facebook itu. (MK)
Tak kesahlah kalau PAN dakwa dia parti Islam. Hakikatnya PAN penentang Hudud, sekongkol dgn DAP yg dipimpin harbi LKS dn LKS.
ReplyDeleteAnon 12.48... Mane ko tahu AMANAH tentang HUDUD? Bab sekongkol dengan DAP, era TGNA, Fadhil Noor pon PAS sekongkol dengan DAP.
ReplyDeleteHakikat, reputasi PAS jatuh, rosak teruk semenjak berpresidengkang Tuang Guru hadi Awang. Apatah lagi andainya benar Hadi Awang berbohong semasa berucap di hadapan ribuan hadirin.
Apa kata PAN saman je TGHH...
ReplyDelete