WASHINGTON DC – Matanuska-Susitna adalah merupakan sebuah lembah kecil di negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS). Malah tidak banyak lokasi dengan pemandangan menakjubkan ada di kawasan luas tersebut.
Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari Anchorage, bandar raya terbesar di negeri terpencil AS itu yang berjiran dengan Kanada di barat dan Rusia di Timur serta 3,770 kilometer dari tenggara Los Angeles, California.
Namun Matanuska-Susitna mempunyai daya tarikan yang tersendiri bagi para pelancong asing. Lembah itu merupakan tempat terbaik di dunia untuk buah-buahan dan sayur-sayuran tumbuh dalam saiz raksasa.
Meskipun dihuni 90,000 orang penduduk dalam lembah seluas 60,000 kilometer persegi, bayangkanlah setiap tahun, satu pertandingan produk tani gergasi diadakan di daerah Palmer dengan konsep yang cukup unik.
Dalam pertandingan itu, ramai petani di Matanuska-Susitna atau lebih mesra disebut Mat-Su akan membawa hasil tanaman berupa sayur-sayuran dan buahan-buahan raksasa keluaran terus daripada ladang pertanian mereka.
Hasil tanaman seberat puluhan kilogram sebenarnya memang sesuatu yang dianggap normal dalam pertandingan tahunan tersebut, malah disifatkan sebagai ‘biasa-biasa’ sahaja bagi kebanyakan penduduk awam Alaska sendiri.
Tetapi tidak bagi orang luar terutama pelancong asing. Antara yang pernah muncul juara ialah kubis seberat 62 kilogram, tembikai wangi atau cantaloupe seberat hampir 30 kilogram dan brokoli yang beratnya 15 kilogram!
Salah seorang pengadil pertandingan tersebut, Kathy Liska berkata: “Ada beberapa lagi produk pertanian yang begitu besar saiznya sehingga kami sendiri pun tidak dapat mengenal pasti apakah jenis sebenar sayurannya.”
Sayur-sayuran dalam saiz luar biasa itu sebetulnya merupakan ciri-ciri khas yang hanya ada di lembah Matanuska-Susitna dan asalnya ditemui penduduk asli Athabaska sebelum dimajukan oleh pendatang Rusia pada 1818 lalu.
Lembah tersebut merupakan daerah pertanian paling produktif di Alaska dan mungkin di dunia. Namun anehnya tiada langsung kaedah canggih kejuruteraan genetik waima bahan kimia terbaik pun yang digunakan di sana.
Jadi apakah rahsianya? Kajian saintis tempatan mendapati sebenarnya di sebalik pertumbuhan tanaman raksasa di Matanuska-Susitna ialah, kadar sinaran mataharinya yang juga boleh dianggap sebagai cukup luar biasa.
Ini kerana Alaska memiliki musim tanaman amat singkat, hanya sekitar 105 hari dalam setahun. Namun, lokasi sangat jauh dari Khatulistiwa menyebabkan penduduk Alaska menikmati hari sangat panjang pada musim panas.
Matahari secara purata menyinar lebih daripada 12 jam sehari waktu itu, membolehkan tanaman tumbuh sihat gemuk tanpa memerlukan apa-apa baja tambahan seperti di negara empat musim. – Agensi.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
Di Alaska ada Sayur Gergasi
ReplyDeleteDi Malaysia ada Parti Racist Gergasi yang dibantu oleh PAN Imayam
Penang Potong Bantuan ke SAR - Dasar Racist DAP disokong oleh PAN Imayam
MEMANG SAH GUAN ENG MENIPU!!!  Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) in Balik Pulau hari ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mempunyai agenda politik apabila ia menghentikan bantuan kewangan kepada sekolah itu hari ini.
Pengarah SRIA Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan diskriminasi terhadap sekolah itu dengan menarik balik bantuan kewangan kepadanya tahun ini. “Kami menerima bantuan kewangan tahunan dan tahun ini kami telah diberi surat untuk menerima bantuan itu tetapi pada 3 September, kami diberitahu bantuan berkenaan ditarik balik dan seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) datang untuk mengambil balik surat itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau percaya ini menunjukkan ada ‘tangan tersorok’ atau 'tangan ghaib' yang terbabit berikutan campur tangan politik dalam pentadbiran negeri. “Ini adalah kezaliman terhadap sebuah institusi pendidikan agama di negeri ini,” tambah Muhammad Fauzi. Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu didaftar dengan Jaipp dan sudah beroperasi sejak 2008. Muhammad Fauzi berkata, sekolah itu kini mempunyai 215 pelajar dengan kebanyakan mereka dari golongan berpendapatan tengah dan rendah.
Minggu lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali At-Takiri menuduh kerajaan negeri menghenti bantuan kewangan kepada sekolah agama dimilik ahli PAS. Pengerusi jawatankuasa hal-ehwal agama negeri Datuk Abdul Malik Kassim membalas dakwaan itu dengan menyatakan Pulau Pinang terus memperuntukkan RM1.75 juta kepada 177 sekolah agama di negeri ini tahun ini.
Sebelum ini, Guan Eng mendakwa kononnya pihak Rejim DAPigs Negeri tidak pernah mengurangkan bantuan kepada mana - mana SAR walaupun sekupang termasuk SAR milik PAS. Malah, Si Tokong DAPigs tu juga turut mendakwa tuduhan yang dibuat oleh PAS itu hanya sekadar fitnah semata - mata. Tapi sebenarnya dakwaan yang dibuat Si Tokong DAPigs tu hanya Pembohongan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat!!!
Apalah kau melalut ni mkn pil kuda ke?
DeleteKalau UMNO memerinrah skg dan ada 2/3 diparlimen terus tutup sekolah agama. Gaji pun ciput aje