KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi setiap ruang Stadium Sultan Muhammad IV memberi isyarat yang jelas kepada sesiapa supaya tidak meminggirkan PAS dalam arus politik negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad berkata apa yang berlaku telah membuka mata berdasarkan situasi di Kota Bharu malam ini.
“Jangan ketepikan PAS dalam politik Malaysia dan politik dunia. Dengan semangat ini sudah cukup menggambarkan kita bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa sahaja.
“Program malam ini amat bermakna, cukup hebat. Kita hebat kerana berada dalam PAS. Bukan bermakna kita hanya pandai berceramah tetapi kehebatan kerana berada dalam satu jemaah Islam,” katanya pada perhimpunan Fastaqim di sini malam ini. Beliau juga berkata, sambutan orang ramai terhadap PAS di Selangor dalam tempoh tiga minggu dapat dikumpulkan sehingga 6,000 orang. Menurut Harakahdaily.
Suasana meriah dipenuhi dengan peserta Himpunan Fastaqim H60K di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, hari ini.
Sedangkan menurut http://omakkau.blogspot.my/, ribuan penyokong PAS mengisi ruang stadium bola sepak terbesar di Kelantan malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K), ketika parti Islam itu berharap dapat mengukuhkan semula asasnya selepas 2 kejadian besar yang menggugat kedudukannya sebelum ini. Himpunan terbesar pertama diadakan selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekas pemimpin progresifnya yang berpengaruh keluar meninggalkan parti bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), sebelum rasmi dilancarkan sudah pun mencapai 100,000 peserta berbanding sasarannya 60,000 orang. Syukur Al-hamdulillah. (IH)
12 comments:
perhimpunan org2 bodoh dan kurang cerdik berhimpun untuk di perbodohkan oleh ulamak2 munafikun
Nama pon cikmatgelap, gelap sungguh hati luu.
Kehadiran 100,000 rakyat dalam perhimpunan PAS di Kota Bharu Kelantan jelas menunjukkan:
(1) Parti PAS adalah parti Islam yang kuat, kukuh, berpengaruh dan relevan di negara ini.
(2) PAS dan ulama Islam masih mendapat sokongan padu akar umbi (rakyat) dan ahli-ahli PAS yang komited dan dedikasi untuk meneruskan agenda PAS melaksanakan hukum Allah di negara ini.
(3) PAS mempunyai potensi untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU14. Parti DAPig dan anak didiknya parti Kuali akan mengalami kekalahan yang teruk dalam PRU14 kerana sikap DAPig yang menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini menyebabkan orang-orang Islam tidak akan mengundi DAPig dan Kuali dalam PRU14. Kegagalan DAPig dan kuncu-kuncunya menarik sokongan dan penyertaan orang Islam dalam Bersih 4 adalah tanda awal DAPig dan kuncu-kuncunya kehilangan sokongan sokongan orang Islam dalam PRU14.
(4) PAS boleh melaksanakan hukum Allah di Malaysia jika PAS mendapat lebih banyak kerusi DUN dan parlimen dalam PRU14. Orang-orang Islam perlu memberi sokongan padu kepada PAS untuk mencapai matlamat ini.
(5) Badut dan pelawak parti sekular telah membuat andaian PAS akan kalah teruk dalam PRU14 dan kehilangan Kelantan tetapi sokongan padu untuk PAS menunjukkan andaian badut dan pelawak tersebut adalah tidak berasas !
(6) Tipu muslihat DAPig memperalatkan pelawak dan badut kecewa yang keluar dari PAS untuk membentuk parti Kuali untuk melemahkan dan memusnahkan PAS dan menghalang perlaksanaan Hudud telah gagal 100% ! Setiap program parti kuali tidak mendapat sambutan orang Islam walaupun website lawak dan badut seperti 'greenpork' sentiasa menyokong parti Kuali dan menfitnah PAS.
RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA
Dato Haji Husam Musa
Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dalam senarai saya untuk dibangkitkan.
Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.
Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!
Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.
Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!
Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!
Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)
Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang.
Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi.
Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.
Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya?
Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?
Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.
Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja?
Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.
KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.
Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?
Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya?
Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.
Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan.
Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?
Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus.
Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?
Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.
Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?
Husam Musa
Adun Salor
4 Muharam 1437/17 Oktober 2015
BAYAR HUTANG ITU WAJIB. LEBIH2 LAGI DUIT YG BERHUTANG ITU ASAL DARI POTONGAN GAJI RAKYAT. KERAJAAN NEGERI PUN DAH JADI PEROMPAK MCM ADUN2 JUGA?
Klu diri tak nak islam jgn memperlekehkan orang yg berusha kearah islam. Mmg kubur masing2 tapi klu mati nak orang "bodoh" ni yg nak menguruskan cik mat.
cikmatgelap adalah contoh makhluk yang bernyawa dan tidak berakal! Kegemaran dia ialah mengawan, makan, kecing dan berak dan tidur. Dia tidak pernah berfikir tentang pembalasan yang akan diterimanya pada hari akhirat ! Kesian mak bapak dia yang telah gagal mendidik beliau menjadi manusia.
Aku terfikir kenapa nak menunjukkan diri tu hebat di kelantan? Kenapa tak di Terengganu atau di tempat lain?
Kat Terengganu mana berani. Nama saja presiden Pas kat situ. Tapi tak pernah menang2 utk rampas kembali terengganu tu.
Nampak macam SYOK SENDIRI jer.....
KER GUANER TUANG PRESIDENG !!!!!!
Macai dan balaci sekular AMAT KECEWA dimarahi sifu sekular kerana mereka gagal sabotaj dan fitnah parti PAS ! Siang dan malam macai, balaci dan sifu sekular menanggis lebat kerana parti Islam PAS mendapat sokongan rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dll.
Selepas ini, macai dan balaci akan mencabar PAS membuat perhimpunan di Israel. Macai dan balaci memang haprak dan banggang! Bodoh bertingkat-tingkat ! Kah...kah...kah...kah !
PAS hanya berjuang untuk menegakan agama Allah kalah menang adalah ketentuan Allah. Jangan jadi bodoh menganggap berjuang mesti menang. Kamu nak jadi Allah ke wahai anous 10.42 am, 10.50am dan 11.01am
Matgelap aku doakan kau cerah didalam kubur nanti kerana tiada siapa yang akan dilepaskan dari azab kubur
Post a Comment