Friday, October 09, 2015

Suami Raba Orang Gaji, Tapi Isteri Wajar Dipenjara, Mengapa?

Pada awal bulan ini, seorang wanita dari Arab Saudi merakam perbuatan suaminya meraba orang gaji menggunakan telefon.

Wanita tersebut yang berang dengan perangai suaminya kemudian memuat naik video itu ke laman Facebook dengan kapsyen "Hukuman yang paling ringan buat suami seperti ini adalah dengan memalukannya".

Dengan pantas, video itu menjadi viral di laman media sosial dan wanita terbabit kini mungkin dikenakan tuduhan cuba memfitnah dan menghadapi hukuman penjara setahun. Majid Waroob, seorang peguam di Arab Saudi, memberitahu akhbar tempatan wanita terbabit mungkin telah melanggar salah satu undang-undang teknologi di Arab Saudi.

"Undang-undang ini memaktubkan hukuman berat kepada sesiapa yang menggunakan telefon bimbit berkamera atau alat lain untuk mengambil gambar seseorang dan memfitnah mereka", kata Qaroob.

Bagaimapun, tindakan wanita tersebut menyebar video itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Momina Makin menulis "Lelaki itu melanggar hukum Islam. Pertama dia telah melakukan zina. Kedua, dia melakukan serangan seksual. Lelaki ini patut dibogel dan dirotan di jalanan dihadapn semua orang. Ini hukuman setimpal untuknya".

Menurut seorang blogger pula, Al Mezzen, perbuatan wanita itu menyebar video adalah salah.

"Dia tidak tahu cara untuk mengawal situasi itu
"Apa yang telah dia lakukan adalah menyebarkan aib dan masalah peribadinya untuk dilihat oleh semua orang", kata blogger itu sambil menambah jika pasangan itu mempunyai anak, hukuman yang lebih berat akan diterima kerana kesannya bakal menjadi lebih teruk.

Sejak ia mencetus kontroversi, video terbabit telah dibuang dari laman Youtube tetapi laman web mirror.co.uk ada menyimpan video tersebut.

Suami belum jelas berzina, tapi isteri jelas menyebar api itnah. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

di semua tempat dah jadi tunggang langgang..... yang melakukan kesalahan dikatakan tidak bersalah ....yang melaporkan salahlaku itu pula yang dianggap bersalah ...... Allah Maha Mengetahui .... ada juga cubaan nak menipu Allah.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Tu kat Arab Saudi. Ada hudud. Ingatkan tak jadi benda2 mcm ni. Dgr cite tahun ni lebih ramai kena pancung sbb bunuh dpd tahun lepas. Bagaimana yg dikatakan hudud boleh selesai masalah jenayah? Cuba fikir. Aku bkn anti hudud. Aku yakin dgn hukum Allah. Cuma ada pra syarat yg tak selesai. Fikir, fikir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails