Friday, October 09, 2015

Tak Terkejut Kalau PKR Berpecah

Minggu ini bertebaran dakwaan wujud konspirasi mahu menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada sekumpulan pemimpin parti itu sendiri, sebagaimana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Baharin atau Chegubard.

Kononnya usaha itu dilakukan menerusi satu petisyen yang ditandatangani oleh 25 pemimpin parti selepas mereka berang dengan keputusan Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan yang disifatkan sebagai tergesa-gesa.

Konflik dalaman PKR itu menarik perhatian bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan berkata tidak mustahil perpecahan terjadi di dalam PKR kerana parti gagal diuruskan dengan baik.

"Saya tidak berasa hairan sekiranya ada usaha dari ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yg lebih seimbang. 

"Saya pada masa yang sama tidak menghalang mana-mana pihak untuk melaksanakan hak demokrasi mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya percaya usaha pihak-pihak terbabit akibat dari kegagalan PKR mengurus parti mereka sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, Telus dan menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Khalid yang juga bekas pemimpin PKR yang kemudiannya disingkirkan kerana ingkar dengan arahan parti menambah tindakan beberapa pihak dalam Pakatan Harapan baru-baru ini gagal menyediakan ruang yang kondusif dan inklusif.

"Saya lebih suka melihat perkara-perkara ini dari luar dan saya tidak terlibat secara langsung dalam usaha mereka untuk mewujudkan kuasa ketiga ini," katanya. (IH)

7 comments:

Anonymous said...


Akhirnya parti DAPig berjaya memecah-belahkan semua parti yang dipimpin oleh orang Melayu @ orang Islam apabila terdapat pemimpin-pemimpin bodoh yang sanggup menjadi barua dan macai DAPig! Orang bodoh @ orang jahil sahaja tidak memahami permainan catur tuan guru DAPig ! Oink...oink....oink....oink

Anonymous said...

kalau berpecah, satu lagi kejayaan umn-bn untuk terus berkuasa .... selepas pecahkan PAS, sampapilah giliran PKR pula .....dan adalah beberapa susuk yang akan dapat juta-juta RM dari 2.6 bil. yang ada dalam akaun najib.....

Anonymous said...

cuba tanya mat sabu dia dapat berapa juta..? mujahid dapat berapa juta..? nasaruddin dapat berapa juta..? khalid samad dapat berapa juta (shahril samad dapat RM2 juta)..? din ayam dapat berapa..?

Anonymous said...

ooii.. anon 7.49.. jamgan nak pusing cerita.. yang parti melayu pembangkang berpecah tu kerja umno.. mula-mula sekali Pas yang kena.. sebab itu umno rilek sekarang..

Anonymous said...

Salam semua,

Kenapa nak guna nama DAPig??? Adakah kerana semuanya berbangsa Cina?? Mustahil!!! Sebab mereka juga ada ahli berbangsa Benggali, India dan Melayu!!! DAP bukan parti yang bersifat racial (perkauman) seperti UMNO, MCA dan MIC yang semuanya berbangsa Melayu, Cina atau India. Kena nak label seteruk itu??? Bukankah ahli berbangsa Melayu Islam tu saudara kita juga??? Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said, bukankah dia antara intelektual Melayu yang terbilang???

Selalu yang cakap label-label penyokong UMNO je sebab bodoh nak mampus, pemimpin dia guna isu perkauman je tertonggeng seolah-olah tak ada hujah intellectual!!! Sekarang penyokong PAS pun dah ikut macam intellect dah tak ada.

Korang ni kenapa ha??? Rasulullah tu intellectual, ada hujah, ada nas, ada buah fikiran. Yang korang ni melabel-label islamik ke macam tu???

NAk ikut Rasulullah ke Parti???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Lagi satu yang tuduh menuduh dapat juta-juta tu kenapa??? Hujah diorang korang tak boleh jawab mulalah melabel!!! Kalau korang intellect sangat jawablah!!! Kenapa nak jadi pondan macam DS Najib Razak??? Lawan debat dengan orang tua macam Tun Mahathir pun lari. Cakap pahlawan Bugis!!!

Sekarang ni senang je. Korang bagi hujah korang melabel-label bagai ni saya tunggu!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Orang yang jahil menulis komen yang jahil ....semakin lama, semakin bodoh komennya!

Fakta 1: Kita semua tahu DAPig menentang hukum Allah dan menghasut orang ramai menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Tiada perbezaan antara orang-orang kafir dan segelintir orang-orang Melayu yang menyokong DAPig menentang hukum Allah !

Fakta 2: Orang-orang yang beriman tidak akan menentang hukum Allah. Bahkan mereka akan berusaha melaksanakan hukum Allah di negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails