UNTUK mendapatkan pekerjaan pada zaman kini dilihat bukanlah satu perkara yang mudah, segulung ijazah belum lagi dapat menjamin kita mendapat kerja yang baik dan diidamkan.
Ramai diluar siswazah menganggur dan ada antara mereka terpaksa bekerja diluar bidang yang dambil ataupun kerja dengan gaji tidak setaraf dengan kelayakan. Namun, lebih malang lagi ada antara mereka cuba diambil kesempatan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan syarat-syarat yang tidak masuk akal.
Seorang wanita telah berkongsikan dilaman Facebook miliknya, dia telah menerima satu panggilan temuduga kerja melalui telefon. Dia yang begitu teruja kerana memang sedang mencari pekerjaan dengan memberikan respon positif.
Tetapi sesuatu tidak disangka telah terjadi, berikut adalah tulisannya,
'Screenshot' yang disertakannya sebagai bukti atas ceritanya itu.
Komen dari Siakapkeli.my : Apapun ia perlulah dijadikan iktibar kepada mereka diluar sana yang sedang mencari pekerjaan, perlu berhati-hati supaya tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya golongan wanita.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menangani hal-hal begini, di bawah kementerian mana yang perlu bertanggung jawab? Kalau dalam sebuah kerajaan Islam tulin, kepincangan masyarakat ke arah keruntuhan moral begini adalah menjadi tugas pemerintah untuk mengatasinya, di samping pihak-pihak lain. Apakah UMNO sebagai kerajaan tidak boleh disalahkan bila berlaku keruntuhan sosial rakyat negara ini? (IH)
1 comment:
Kalau selalu nak salahkan UMNO untuk setiap kepincangan yang ada ,ia adalah satu pemikiran yang bodoh dan dangkal.Ia seolah2 UMNO mengambil tugas Allah .Parti UMNO diuruskan oleh manusia untuk mentagbir Negara.Samalah parti PKR yang menguruskan Selangor,DAP di Pulau Pinag dan PAS di Kelantan.Apakah pembangkang di 3 negeri ini cukup sempurna dalam pentadbirannya. Pelacur dan dadah tetap ada di Kelantan,Penghidap AIDS dan Hiv ramai di Kelantan jika dibanding di negeri lain. Pelacuran dan rumah urut tumbuh macam cendawan selepas hujan apabila Selangor diperintah PKR,DAP dan PAS.Begitu juga di Pulau Pinang syurga pelacuran sekarang ini.Apakah PAS tidak mendapat saham dari perbuatan maksiat ini.Kepada Ibnu Hasyi janganlah pandang sebelah mata saja.
Post a Comment