Monday, October 26, 2015

Tolak Gantung K/Siang Bukan Bermakna PAS Sokong PH. PAS Masih Rasional..

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan kemungkinan PAS menyertai Pakatan Harapan ekoran sokongan menolak penggantungan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat, sebaliknya ia hanyalah tanda solidariti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2015.

PAS hari ini menafikan kesediaan parti Islam itu untuk menyertai Pakatan Harapan susulan sokongan mereka menolak penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang di Dewan Rakyat minggu lalu.
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menolak usul penggantungan pemimpin DAP itu tidak harus dilihat sebagai isyarat penyatuan antara parti Islam itu dan Pakatan Harapan.
"Tidak akan ada selepas ini (PAS dan Pakatan Harapan). Ini tidak bermaksud (sokongan tolak usul gantung) akan ada penyatuan antara PAS dan Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen hari ini. (TMI)
Ertinya PAS masih rasional. (IH)

No comments:

Post a Comment