KL: MASIH ramai yang kritik membina kepada Tunku Aminah Mimunah Iskandariah, bererti masih ramai yang sayang kepada kepada keluarga Di Raja Tunku Johor itu. Maka tidak wajar selepas dikritik kerana tidak memakai tudung, Puteri Johor itu mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya.
Tunku Aminah berkata keputusan tindakan itu diambil kerana tidak mahu mana-mana pihak menghakiminya sesuka hati, lebih-lebih lagi yang tidak mengenalinya berdasarkan cara pemakaiannya.
“Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat.
“Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini,” katanya.
Tunku Aminah menegaskan apa yang dilakukan dalam kehidupannya adalah antara dirinya dan Allah SWT. Malah Tunku Aminah menyatakan rasa terharunya apabila adik-beradiknya, terutama Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris yang mempertahankannya selepas dikritik.
Mengkritik untuk kebaikan itu adalah adalah suatu tindakan betul, islah yang dituntut agama. Maka tidak sepatutnya Tunku berkecil hati, bahkan patut berbangga dengan keramahan rakyat jelta dengan keluarga Di Raja itu. Keputusan menutup akaun Instagramnya, amat wajar ditarik balik.
Demikian saranan Weblog Ibnu Hasyim. (IH)
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment