Monday, October 19, 2015

Wanita K'tan Tertua Di Asia Meninggal Dunia.

MACHANG – Seorang wanita yang dipercayai antara warga emas tertua di Asia, Esah Jusoh meninggal dunia malam kelmarin iaitu hanya 11 hari sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke-116.

Esah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.40 malam di rumahnya di Kampung Jakar, Temangan selepas wanita itu jatuh sakit dan terlantar sejak seminggu lalu kerana sakit tua.
Menurut anaknya, Tuan Bidah Tuan Muda, 66, sebelum ini, emaknya tidak pernah mengadu sakit atau tidak sihat sehinggalah seminggu lalu dia mula kelihatan lemah dan akhirnya terlantar.
“Kami sekeluarga termasuk anak, cucu dan cicit arwah ada merancang untuk meraikan hari lahirnya yang ke-116 pada 29 Oktober ini tetapi malangnya hajat kami tidak kesampaian.
“Hasrat kami untuk menggembirakan emak dengan mengadakan majlis yang agak meriah termasuk solat hajat dan majlis makan-makan tetapi Allah lebih sayangkan emak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tuan Bidah berkata, arwah tidak mempunyai apa-apa penyakit kecuali kakinya tidak mampu berjalan dan terpaksa mengesot sejak beberapa tahun lalu dengan mata juga mula kabur.
Surat Al-Fajr Ayat 27
Hai jiwa yang tenang.
 
Surat Al-Fajr Ayat 28
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
 
Surat Al-Fajr Ayat 29
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
 
Surat Al-Fajr Ayat 30
masuklah ke dalam surga-Ku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails