Tuesday, October 13, 2015

Zina, Mabuk, Dadah Di Pantai, Tiada Hormat Orang Lain.. Perlu Diawasi

 


MASYARAKAT awam Scotland dan England dihebohkan dengan sikap sekumpulan 5,500 remaja yang mabuk, pesta dadah dan berzina di pantai Troon, Ayrshire. Para polis terpaksa turun tangan kerana remaja tersebut buat hal.

Keluarga dari ribuan remaja itu dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa kerana khayal melihat anak-anaknya berhubungan badan di semak-semak di kawasan pantai pasir putih. Di lokasi kejadian, polis menemui dadah kelas A.

Pasukan perubatan tempatan juga dikerahkan setelah banyak remaja yang berbaring dalam keadaan koma di jalan-jalan kawasan pantai. Polis berkata, 5,500 remaja itu melakukan perjalanan dengan kereta api ke kawasan pantai. Namun, mereka tidak menyangka berlaku pesta beramai-ramai, dengan alkhol, mengambil dadah dan berzina.

Aksi ribuan rejama itu ramai dibincangkan di media sosial. Seorang wanita tempatan melalui akaun Facebooknya mengecam ulah ribuan remaja itu.

"Ini adalah (kejadian) mengerikan !. Di sini pada pukul 13.30 tengah hari, kumpulan itu datang dari kereta. Salah satu anak lelaki sekitar 15 orang pengsan di jalan dengan pantau paramedik dan polis, dan itu terjadi selepas makan tengah hari, "bunyi posting-an di Facebook yang dilansir Ayrshire Post semalam (9/7/2015).

Pengguna media sosial, Isobel Striling, mengulas bahawa usia para remaja itu baru belasan tahun. "Ia didapati seorang gadis muda yang berbaring, sebelum pukul 11.00, dia tidak mungkin lebih dari 14 tahun," tulis dia.


Warga Scotland lain, Becca Sharp, menyebut perilaku ribuan remaja itu sangat memalukan. "Ini memalukan. Jika mereka tidak boleh menghormati bandar kecil ini, maka mereka sepatutnya tidak dibenarkan ke dalam, "katanya.

Media Scotland melaporkan, majoriti remaja itu melakukan perjalanan dengan kereta api dari Glasgow. Seorang pemeriksa tiket kereta api tempatan, yang tidak mahu disebutkan namanya, mengatakan bahawa beribu-ribu remaja itu juga berbuat onar di dalam keretapi.


"Mereka menyerbu ke dalam, berteriak, memaki dan mengugut penumpang. Mereka tidak punya rasa hormat terhadap orang lain, "katanya.

Polis telah merampas minuman alcohol murah dalam jumlah besar, termasuk jenis Buckfast dan MD 20/20 atau yang dikenali sebagai Mad Dog. Selain itu, polis juga merampas 1.3 gram kokain.

Penyakit tidak menghormati orang lain di kalangan remaja inilah, antara punca keruntuhan sosial dalam masyarakat barat yang perlu di awasi di negara ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails