Thursday, November 05, 2015

Abu Sayyaf Minta RM270 Juta Tebusan 2 Warga Kanada, 1 Noeway..

AGENSI - RAKAMAN imej (dari kanan) Sekkingstad, Ridsdel, Hall dan teman wanitanya, Flor dalam klip video terbaru yang disebarkan Abu Sayyaf.
MANILA – Sebuah kumpulan pengganas di Filipina menuntut wang tebusan 1 bilion Peso (RM90 juta) setiap seorang bagi membebaskan dua warga Kanada dan seorang rakyat Norway yang diculik enam minggu lalu, demikian menurut rakaman video terbaharu tebusan terbabit.
Klip video berkenaan disiarkan oleh agensi pemerhati kumpulan militan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, SITE kelmarin.
Ia memaparkan beberapa penculik bertopeng memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Abu Sayyaf iaitu kumpulan pengganas yang kerap melakukan penculikan dan serangan bom di selatan Filipina.
Dalam klip video itu, tebusan-tebusan tersebut memaklumkan bahawa mereka memerlukan wang tebusan 1 bilion Peso bagi setiap seorang.
Pelancong Kanada, John Ridsdel dan Robert Hall serta pengurus resort warga Norway, Kjartan Sekkingstad bersama warga Filipina, Marites Flor diculik dari sebuah kapal layar di sebuah jeti di selatan Filipina pada 21 September lalu.
Pihak berkuasa Filipina mendedahkan mereka tidak tahu di mana semua tebusan terbabit ditahan tetapi beberapa penganalisis keselamatan berpendapat bahawa semua mangsa itu ditawan di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, selatan negara berkenaan.
Ditubuhkan dengan dana da­ripada ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden pada tahun 1990-an, kumpulan Abu Sayyaf mendapat perhatian antarabangsa kerana kekerapan mereka menculik berpuluh-puluh pelancong asing untuk mendapatkan wang tebusan sejak tahun 2000.
Kumpulan itu dituduh me­lakukan beberapa serangan keganasan paling buruk dalam sejarah Filipina termasuk pengeboman sebuah feri di Teluk Manila pada 2004 yang membunuh lebih 100 orang.
Abu Sayyaf dipercayai ha­nya mempunyai beberapa ratus anggota bersenjata tetapi berpengaruh di kawasan pedalaman selatan Filipina di mana pejuang-pejuang Islam berperang dengan tentera Manila untuk mendapatkan kemerdekaan ataupun pemerintahan autonomi sejak beberapa dekad lalu.
Tiga warga asing lain turut dipercayai berada dalam tahanan kumpulan itu iaitu dua warga Malaysia dan seorang lelaki Belanda, jelas sumber tentera. – AFP

1 comment:


  1. SITE [Search for International Terrorist Entities (SITE) Intelligence Group] adalah pertubuhan Zionis Israel yang dipimpin oleh Rita Katz yang pernah bertugas sebagai tentera pengganas IDF dan bapanya telah dihukum mati di Iraq kerana bapanya adalah pengintip Israel.

    SITE bertanggung-jawab mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan agama iIslam dan umat Islam supaya orang kafir dan orang Islam membenci dan memusuhi Islam dan umat Islam. Sebagai contoh SITE telah menghasilkan video dalam studio di mana pelakon-pelakon-pelakon Zionis berlakon sebagai tentera IS menyembelih tebusan. Oleh sebab itu, semua manusia mesti menolak sebarang berita atau artikel yang disebarkan oleh SITE.

    Peringatan:
    Sebahagian dari orang asing yang 'melancong' atau 'berkhidmat' sebagai sukarelawan di kawasan konflik dalam kawsana orang islam atau negara umat Islam adalah perisik Amerika Syarikat, Israel, UK, Peranci dll yang cuba mencari kelemahan umat Islam supaya umat Islam boleh dilemahkan, pemimpin Islam dibunuh dan pejuang Islam dikalahkan dengan mudah.

    ReplyDelete