Sunday, November 29, 2015

Ada Sesuatu Tak Kena Bila ADUN Bukan Melayu PKR... PAS

5 ADUNShah Alam: Ada sesuatu tidak kena apabila ADUN bukan Melayu daripada PKR menentang polisi yang dilaksanakan kerajaan DAP Pulau Pinang. Sedikit masa lagi masyarakat akan semakin celik tentang bahaya politik DAP yang mendorong kegelisahan kaum dan agama.  Itu kesimpulan yang dibuat oleh  Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, semasa Kongres Nasional PKR ke-11, di Shah Alam.
Salahkah kami mempertahankan kepentingan rakyat?, soal salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, YB Cheah Kah Peng, ADUN Kebun Bunga kepada perwakilan PKR pada Kongres Nasional PKR ke-11, di Shah Alam, semalam.
YB Cheah salah seorang daripada lima ADUN PKR yang memilih untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan di DUN Pulau Pinang terhadap usul BN yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum.
Menurutnya, gara-gara mempertahankan kepentingan rakyat, beliau dan empat Adun PKR lain dikeji.

cheah
YB Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga)

“Saya nak tanya perwakilan di sini, bolehkah kami mempertahankan kepentingan rakyat?
“Kerana kami mempertahankan hak rakyat, kami disingkirkan. Kami dimaki dan semua kata-kata buruk beredar terhadap kami,” katanya kepada perwakilan PKR.
Cheah menjelaskan PKR perlu melawan untuk mempertahankan hak rakyat.
“Saya nak kongsi satu kes. Baru-baru ini, kes ini dibangkitkan di DUN Pulau Pinang. Usul meminta supaya projek baru penambakan laut diteliti melalui pendengaran awam.
“Kalau kita parti yang benar-benar membela rakyat, tidak kira bagaimana kita dicabar, kita akan lawan dan terus lawan sehingga hak rakyat dipertahankan,” katanya yang mendapat sorakan perwakilan.
Usul yang dikemukakan oleh ADUN BN, Muhamad Farid Saad itu meminta kerajaan negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut dan menangguhkan kesemua rancangan penambakan laut baru sehingga kajian kesan alam sekitar serta sosial dibuat.
Namun, usul ini ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti apabila hanya 10 Adun menyokongnya iaitu sembilan Adun BN dan seorang daripada DAP.
ADUN DAP (Tanjung Bungah), Teh Yee Cheu yang menyokong usul tersebut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang dan menyatakan kesediaan berhadapan dengan tindakan daripada parti.
usul BN
Mengulas isu tersebut, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat berkata ada sesuatu tidak kena apabila ADUN bukan Melayu daripada PKR menentang polisi yang dilaksanakan kerajaan DAP Pulau Pinang.
“Fakta ini mendedahkan perubahan sikap kaum bukan Melayu bahawa dakwaan kononnya seluruh masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina pasti menyokong DAP adalah satu ‘khurafat’ yang tidak benar.
“Sedikit masa lagi masyarakat akan semakin celik tentang bahaya politik DAP yang mendorong kegelisahan kaum dan agama yang semua ini amat tidak baik untuk perpaduan rakyat berbilang kaum yang perlu dalam pembinaan Malaysia yang sejahtera,”katanya dalamFacebook.
Beliau berkata demikian ketika merujuk satu petikan dari penulisan di Malaysia Today 22 November 2015 bertajuk “Chinese PKR Against DAP” yang diterjemahkan seperti di bawah:
“Jika anda perhatikan betul betul, 5 orang ADUN PKR yang tidak menyokong ‘cadangan’ Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang adalah terdiri dari 4 orang ADUN berbangsa Cina manakala 4 orang ADUN yang menyokong kerajaan Pulau Pinang adalah Melayu”
Ahmad Amzad juga turut melahirkan kerunsingan dengan sikap 4 ADUN PKR Melayu tersebut.
“Yang merunsingkan kita adalah sikap sebahagian kelompok kecil Islam/Melayu pula yang seolah-olah menganggap apa sahaja yang datang dari DAP adalah baik, betul dan mesti disokong,”katanya
Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir pula melahirkan rasa kehairanan dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang masih mengungkit tentang sikap berkecuali 5 ADUN PKR itu.
“Kita sedia maklum bahawa pimpinan tertinggi PKR telah menyatakan bahawa isu 5 ADUNnya yang bertindak berkecuali terhadap usul yang dikemukakan ADUN Umno di Dewan Pulau Pinang sudah selesai.
“Rupanya tidak bagi Ketua Menteri Guan Eng.

ong
YB Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah)

“Terkini Guan Eng memaksa Ketua Whip PKR YB Ong Chin Wen agar menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap Datuk Mohd Rashid Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 dari PKR sebagai bukti sokongannya pada kerajaan negeri.
“Guan Eng mendakwa YB Ong punya cita-cita merampas jawatan TKM1 dari Rashid. Kerana itu katanya PKR Pulau Pinang sebenarnya bermasalah.
“Nyata Guan Eng mahu campur tangan dalam rumah tangga PKR. Apa haknya?,”katanya yangmerujuk kenyataan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
cm
Roslan berkata dahulu DAP cuba campur tangan dalam urusan PAS, kini beralih kepada PKR pula.

rashid
YB Mohd Rashid Hasnol (PKR Pantai Jerejak)

“Sebelum ini ketika marah- marah pada PAS dulu beliau pernah campurtangan dan menyokong kelompok tertentu untuk merampas jawatan Presiden PAS.
“Sedangkan dalam kes PKR Pulau Pinang Rashid sendiri akui bahawa YB Ong punya hak bersuara dalam dewan. Tiada masalah antara beliau dan YB Ong.
“Demikianlah gelagat Guan Eng terlalu berkuasa hinggakan parti orang lain pun mahu “dijajahnya” !!!,”katanya. (IH/AIDCNEWS)

2 comments:

  1. PAS kini semakin jadi hampas apabila bercakap semestinya berdusta....agama hanya jadi topengan semata-mata....mana hudud, mana kebajikan, mana amanahnya....yang ada hanya kesombongan PAS yang tak kemana!

    ReplyDelete
  2. Dah kenapa kononnya hadi awang halang pilihanraya pbt atas alasan kaum sedangkan ahli strategisnya berhujah sebaliknya.. siapa yang spin nih.. pening-pening...

    ReplyDelete