▼
Tuesday, November 10, 2015
Amanah Sedia Ganti PAS Di K'tan, -Mat Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada masa itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam tadi.
Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan ahli di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.
"Sekarang perkara PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (pilihan raya negeri) di Sarawak ... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. - Bernama, 10 November, 2015.
ReplyDeleteKuali dan roket berpisah tiada umpama hamba abdi dengan tuannya.
Otak mat syabu syiah ni dah biul.
ReplyDeleteJAUH PANGGANG DARI API.
KUATNYA KHAYAL AMANAH NI. DAH TERLEBIH DOS BANGANG.