Tuesday, November 24, 2015

Anak Muslim Dituduh Buat Bom Akan Saman Sekolahnya

Kisah  Anak Muda Islam Kreatif Di AS

CHICAGO: Remaja Islam yang ditahan apabila gurunya salah sangka jam buatan sendiri sebagai bom jangka akan menyaman sekolahnya dan juga bandar Irving, Texas sebanyak AS$15 juta (RM 64 juta), kata peguamnya pada Isnin.

Ahmed Mohamed, 14, telah menjadi viral pada September selepas kakaknya memuat naik gambar remaja itu yang sedang digari dengan memakai baju berlogokan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa).

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut serta dalam memberikan sokongannya kepada Ahmed dengan mengucapkan tahniah kepada remaja itu kerana kemahiran yang dimilikinya dan menjemput remaja berkenaan untuk bawa jam itu ke White House.

Banyak jemputan yang diterimanya daripada Facebook, Google, United Nations (UN) dan Ahmed kemudiannya memuat naik gambarnya ketika melawat Makkah, New York, Sudan dan Qatar.

Peguam remaja itu dalam satu surat pemberitahuan kepada bandar dan sekolah tersebut berkata Ahmed mengalami trauma disebabkan oleh penahanannya.

Anak pendatang dari Sudan ini tinggal di kawasan pinggir Dallas dan merupakan peminat fanatik robotik membawa jam buatan sendiri untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru di sekolah MacArthur High School di Amerika Syarikat. -AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails